Umum P4sal K4hwin Di ABPBH, Haqiem Jawab Kec4man Gat4l Nak Nik4h G4dis 19 Tahun

Sewaktu majlis penuh berprestij ‘Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34’ bersiaran langsung, selebriti terkenal Haqiem Rusli sempat mengambil peluang berkenaan mengumumkan satu berita penting. Terdahulu, penulis lirik berusia 23 tahun tersebut telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi.

Bakal kahwin pada Jumaat hadapan…Majlis nikah langsung sebelah petang manakala resepsi waktu malam

Dengan nada yang cukup girang, Haqiem sempat memberitahu umum akan menamatkan zaman bujangnya pada 19 November nanti. Menerusi rancangan ‘Melodi’, difahamkan majlis nikah berkenaan akan dilangsungkan pada sebelah petang manakala malam pula bakal diadakan satu resepsi secara kecil-kecilan sahaja.

Gatal nak kahwin eh? Saya bukan buat benda yang salah dan dah war-warkan…Kalau senyap-senyap tu yelah

Jelas Haqiem lagi, gadis yang menjadi pilihan hatinya adalah merupakan seorang rakan bisnes dikenalinya sejak 2 tahun lalu. Personaliti yang ‘sempoi’ membuatkan bakal isterinya itu terlihat begitu lengkap di mata pemuda berkenaan. Ketika ditanya soal gatal nak kahwin, penyanyi tersebut tenang menjawab tidak melakukan perkara salah serta masih belajar untuk jadi suami yang baik.

Nak buat benda baik pun dikata gatal nak kahwin…Dah jodoh dia sampai awal dulu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan berita terbaru daripada selebriti berkenaan. Walau bagaimanapun, ramai kelihatan sedikit kurang senang dengan soalan daripada wartawan berkenaan terhadap Haqiem.

Sumber:YouTube TV3 Malaysia Official

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://www.dnq.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*