“Woww..not normal2,” – Gambar Zizan, Emma Maembong cetus komen lucu

Tapi itu semua kisah lama. Sekarang kedua-dua mereka sudah melalui fasa kehidupan baharu.

Emma bahagia di sisi suami dan anak, manakala Zizan terus melakar kejayaan sebagai anak seni.

Cuma baru-baru ini, foto Zizan yang dimuat naik dalam Instagramnya mengundang pelbagai reaksi netizen.

Mana tidaknya, ramai terkejut melihat Emma dan suami dalam sekeping foto bersama Zizan sempena pembukaan restorannya baru-baru ini.

Walaupun pelakon Ummi Nazeera dan suami turut kelihatan, namun netizen semestinya lebih tertarik dengan kehadiran Emma di situ.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

“Tengok siapa datang restoran saya. Terima kasih kepada semua yang datang beri sokongan, nanti datang lagi bawa anak cucu semua,” tulis Zizan mengundang tawa ramai.

Satu hal yang bagus, netizen tidak mengec4m, namun menitipkan doa agar pelakon filem H4ntu Bonceng itu dipertemukan jodoh dengan seorang wanita kelak.

Tahap profesionalisme antara Zizan dan Emma harus dipuji kerana mereka tidak bermusuh dan terus berkawan.

Komen netizen:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: KOsmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*