Dkwa Abby pernah benci Memey Suhaiza. Sekali ini respon padu Abby Abadi.

Tak dinafikan, hubungan baik pelakon Abby Abadi dengan bekas suaminya iaitu Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza sering menjadi tumpuan netizen di media sosial. Bukan itu sahaja, silaturahim yang terjalin dalam keluarga ini sering mendapat pujian dan dicontohi ramai.

Abby Abadi jawab dkwaan warganet

Baru-baru ini, Abby Abadi ada memuat naik satu video di TikTok memaparkan dirinya dan suami, Muhammad Faizal Zakari bersama Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan berlatarkan suara rakaman nasihat buat suami tentang kuasa doa seorang isteri. Mengenakan pakaian yang sedondon, kedua-dua pasangan ini nampak cukup romantik dan bahagia.

Di ruangan komen, kebanyakan warganet mengakui sangat menyukai hubungan yang terjalin antara Abby Abadi dan Memey Suhaiza. Namun, ada seorang warganet tinggalkan komen seakan mendkwa Abby Abadi selaku bekas isteri Norman mempunyai rasa ‘benci’ terhadap Memey Suhaiza pada suatu ketika dahulu.

Abby Abadi kemudian menjawab dkwaan tersebut dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah sekali pun mengatakan bahawa dirinya membenci Memey. Malah apa yang terjadi sebelum ini adalah masalah antara dirinya dan Norman. Dalam kesempatan itu, Abby Abadi berharap agar warganet dapat membezakan situasi lama dengan yang sekarang dimana situasinya sangat berbeza. Sumber: Abby Abadi

Dalam Diam Dah Plan Semua. Norman Hakim Terkejut Memey Dan Abby Dah Siap Plan Percutian.

Sejak pihak kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri, tentunya pelbagai rancangan yang difikirkan untuk menikmati kebebasan ini. Ada yang memilih untuk pulang ke kampung, malah ada juga yang bakal menikmati percutian bersama keluarga.

Sama juga keluarga besar pelakon, Norman Hakim ini telah merancang untuk bercuti bersama keluarga selepas kebenaran rentas negeri diumumkan.

Dekat dua tahun tak nampak memo ni.

Menerusi perkongsian di Instagram Norman, dia memuat naik foto perbualan WhatApp di antara isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isterinya Abby Abadi.

Dalam tangkap layar yang dikongsikan itu, dapat dilihat Abby dan juga Memey begitu bersungguh-sungguh merancang persiapan mengenai pakaian mereka dan keluarga.

Malah, setiap perancangan tersebut dilihat lebih terperinci agar sesuai dengan semua aktiviti yang bekal mereka lakukan nanti.

Dalam pada itu, Norman sempat berseloroh bahawa perancangan tersebut kemungkinan berpanjangan sehingga hujung tahun selain turut berpesan kepada anak-anaknya untuk bersiap sedia dengan pakaian yang diperlukan.

“Nampak mcm sampai ke hujung tahun jek? So anak-anak especially @danishhakimofficial @marissadania_ @m_danishaa plase take note warna pelangi yang kena standby k…”

Bagaimanapun, difahamkan Norman akan pulang ke kampung halamannya dahulu di Kuantan bagi menyambut ulang tahun kelahiran ibunya sebelum mula bercuti bersama keluarga besar.

Anak Norman Tanya Dah Perlu Ke Usia Ada Pasangan Hidup. Sekali Ini Jawapan Norman Hakim.

Pelakon dan hos, Norman Hakim yang kerap isi masa bersama keluarga mendedahkan anak terunanya, Danish Hakim yang kini berusia 22 tahun mulai bertanya mengenai umur yang sesuai untuk mencari pasangan. Menurut Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 45, mereka kerap bercakap mengenai apa sahaja.

Perkara itu dikongsikan bintang Gerak Khas ini menerusi satu perkongsian di Instagram. “Kitaorang kalau duduk sembang 18 jam pun tak cukup. Selalu sembang macam-macam bab yang unlimited. Kalau dah penat sembang topic berat, kadang2 sembang pasal semut pun boleh on. Kali ni abang @danishhakimofficial petik pasal pasangan hidup. Dia tanya dah perlu ke usia dia ada pasangan hidup?JENGSSS!!! Itu la topik utama sembang kita kali ni,” tulisnya.

Norman bagaimanapun menyarankan agar Danish mencapai cita-cita terlebih dahulu dan menyerahkan selebihnya kepada Allah SWT. “Long story short, end of our conversation saya cakap “focus on your goal & consistently building your life. The right person will eventually find their way to u. But still the choice & decision is yours. Mohon bantuan & petunjuk dari Allah”. Thats the end of our conversation. Wallahualam. Kita doakan je yang baik-baik. Alhamdulillah syukur untuk rezeki hari ni,” tulisnya lagi.

Bapa kepada enam cahaya mata itu memaklumkan jadual harian anak sulungnya itu turut padat dengan komitmen dalam mengajar mengaji setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 11 pagi hingga jam 11 malam. Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan reaksi masing-masing termasuk memuji cara didikan Norman buat anak lelakinya. Malah, tidak kurang yang membayangkan mereka terlihat seperti abang dan adik menerusi foto yang dikongsikan. Sumber : Mstar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://erakini.bbn.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*