Pengakuan pemandu arw4h Vanessa Angel… Rupa-rupanya ini yang berlaku 1 jam sebelum kem4Iangan

PEMANDU Allahyarh4m Vanessa Angel iaitu Tubagus Joddy mengaku dia sempat bermain telefon sebelum kenderaan yang dipandunya mengalami kemal4ngan.

Joddy mengakui menggunakan telefon beberapa kali sehingga berlaku kem4langan m4ut yang mer4gut nyawa Vanessa dan suaminya Febri atau Bibi Andriansyah pada 4 November lalu.

Salah satu perkara yang dilakukan Joddy ialah menghubungi orang tuanya pada pukul 11.55 pagi iaitu kira-kira sejam sebelum kem4langan.

Bukan itu sahaja, Joddy juga dipercayai aktif di media sosial dan memuat naik beberapa instastory di Instagram miliknya.

“Hasil pemeriksaan kami, keterangan yang sudah diambil membuktikan dia memang bermain telefon.

“Di media sosial ada terus berbual dengan bapanya pada pukul 11.55 pagi… bererti ketika dia sedang memandu,” ujar pihak polis dalam satu kenyataan seperti dipetik Detik.Com.

Atas kecuaian itu, Joddy disabitkan di bawah Pasal 310 Ayat 2, Ayat 4 tentang UU Lalu Lintas dan Jalan Raya dan Pasal 331 ayat 5 tentang kelalaian menyebabkan Vanessa Angel meningg4l dunia.

“Dalam perjalanan menuju TKP sekitar 30 minit. Jadi, di situ boleh dikatakan Joddy bermain handphone ketika memandu.

“Itu untuk bukti bahawa dia melakukan dengan sengaja, kegiatannya membahayakan orang lain,” kata kenyataan itu.

Vanessa dan Febri atau Bibi meningg4l dunia dalam satu kem4langan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jenaz4h kedua-duanya dikebvmikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*