Perjalanan cinta dan rindu
View this post on Instagram
Ya Allah betapa rindunya. Syukur pada Allah sebaik sampai Madinah terus dapat menziarahi Baginda Nabi Sallallahu alaihi wasallam. Tiada manusia paling banyak berkorban berjuang demi kebaikan kita melebihi Nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam. Tiada manusia dicintai Allah melebihiNya. Ya Allah satu hari nanti temukanlah kami dan keluarga kami dengan Baginda Nabi Muhammad Sallalahu alaihi wasallam dan Keluarga Baginda.
Menurut Ebit Lew, dia bersyukur kerana sebaik sahaja sampai di Madinah, beliau berkesempatan menziarah makam baginda Nabi Muhammad S.A.W. Ujar Ebit lagi, perjalanannya kali ini merupakan perjalanan cinta dan rindu terhadap Nabi Muhammad memandangkan sudah berapa lama tidak dapat menunaikan umrah ekoran pand3mik c0v1d-19.
Ya Allah sampaikanlah seluruh keluarga kami dan kawan-kawan kami semuanya untuk menziarahi Baginda Sallahu alailhi wasallam. Berilah kami sentiasa mencintaiNya,mengikutinya dan menyambung kerja dakwah Nabi Muhammad Sallalahu alaihi wasallam.
Semoga dijemput ke sana lagi
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian dua buah video yang dimuat naik oleh Ebit Lew di Instagram, rata-rata netizen berdoa semoga mereka diberikan rezeki untuk melakukan umrah pada tahun ini. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu yang teramat terhadap baginda Rasulullah.
Komen Netizen:
Sumber: Ebit Lew
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : Oh Bulan
Leave a Reply