Muat naik gambar tangan dicucuk drip. Reen Rahim minta maaf dan mohon doa dari peminat.

PETALING JAYA – “Doakan Reen okey. Minta maaf pada semua yang Reen terpaksa cancel (batal) mesyuarat, acara dan sebagainya untuk minggu ini”.

Demikian hantaran ringkas yang dimuat naik pelakon sensasi Reen Rahim dalam Instagramnya berkenaan status terkini kesihatannya.

Pada hantaran tersebut, Reen turut memaparkan tangan kirinya yang dicucuk drip dan dipercayai sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tertanya-tanya mengenai punca dia dimasukkan ke pusat perubatan tersebut.

“Kenapa tu. Reen sakit apa? Semoga cepat sihat dan sembuh seperti sedia kala.

“Kau da kenapa. Itulah suka sangat melompat-lompat kan dah mendapat. Cepat sembuh tau.

“Lepas ni jangan hiking (mendaki) dan selalu sangat kerap ke gim, jangan nak angkat berat selalu,” tulis netizen yang turut menebak pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dimasukkan ke wad akibat keletihan melampau.

Sementara itu, percubaan Kosmo! untuk mendapatkan respons Reen gagal selepas panggilan dan pesanan WhatsApp tidak berbalas.

Terdahulu, pada Hari Raya Aidilfitri lalu, pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, disahkan positif Covid-19 dan terpaksa beraya serta menjalani kuarantin kendiri secara berasingan daripada keluarga tersayang. – Sumber: K! ONLINE

Nak Acah Acah Kaya Tapi Sebenarnya Tiada Apa. Reen Rahim Nasihatkan Pelajar Yang Masih Sekolah Supaya Tak Malu Dengan Pekerjaan Ibu Bapa.

Pelakon Reen Rahim menasihatkan agar pelajar yang masih bersekolah tidak perlu malu dengan status atau pekerjaan ibu bapa. Reen berkongsi pandangannya menerusi satu posting di akaun Instagram. Kata Reen, sebaiknya anak-anak tidak seharusnya menyusahkan ibu bapa dengan membuat permintaan melebihi had kemampuan mereka.

“Keluarga saya sederhana je tapi kitorang best. Sumpah dari sekolah saya tak pernah kesah baba hantar dan ambil saya sekolah naik motor walaupun kadang baba penat baba comot. “Saya bangga dia datang. Orang lain mak bapa kaya-kaya, mewah-mewah kereta datang ambil anak-anak.

“Entah memang dari kecil saya bangga sangat kalau ibu bapa saya datang walau pun naik van tin biskut. “Adik-adik jangan ikut sangat dunia tpu-tpu ni. Ukur baju badan sendiri, jangan pura-pura tpu acah-acah hot acah-acah class, acah-acah kaya tapi nothing!

Tambah Reen lagi sebagai anak, antara perkara patut dilakukan adalah menjaga dan menyenangkan ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan anak-anak. “Jadilah diri sendiri, jangan pentingkan diri paksa mak ayah untuk dapat kan apa yang kawan-kawan awak dapat, usaha sendiri

“Kalau ibu bapa kita, Allah S.W.T uji mereka untuk hidup tahap tu je, tak apa. Tanam dalam hati satu hari nanti aku akan bagi apa yang aku nak tu pada dorang, biar dorang yang bangga dengan kita. “Sikit lagi… Saya nak jaga dorang macam mana dorang jaga saya dulu, tak payah fikir kerja duit, semua siap, hantar kan beramal je. Doakan,” coretnya. Namun, perkongsiannya ini telah menjadi tumpuan pengikut instagram untuk saling berkongsi kenangan bersama insan bergelar ayah.

KOMEN WARGANET :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber: GEMPAK

Ramai Terhibur Bila Pemuda Ini Ajuk Lagu Green Light Red Light. Siap Gunakan Suara Versi Artis Malaysia.

Dem4m ‘Squid Game’ nampaknya belum lagi reda dekat Malaysia. Kalau tengok di TikTok, memang ramai yang gunakan sound yang merupakan salah satu lagu yang dinyanyikan dalam salah satu permainan dalam siri tersebut iaitu ‘Green Light Red Light’. Kalau sebelum ni, biasa kita jumpa video orang berhenti apabila lagu tersebut dinyanyikan, baru-baru ni, pengguna TikTok @amsyar_leee yang sebelum ini viral kerana telah men1ru suara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kali ini, Amsyar kembali menghiburkan dengan parodi ‘Green Light Red Light’ tetapi dengan menggunakan suara penyanyi terkenal di Malaysia! Setakat ini, video tersebut telah mendapat hampir 3 juta tontonan selain telah menerima lebih 300 ribu sukaan dan ribuan komen dari pengguna TikTok lain.

“Memang jadi weh”

Apa yang membuatkan ramai kagum dan terhibur adalah dia men1ru suara penyanyi wanita terkenal tanah air seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaezah dan lain-lain semestinya Datuk Seri Siti Nurhaliza, bukan sekadar suara, tetapi sekali dengan gaya nyanyian dan lenggok suara. Dalam banyak-banyak, ramai boleh ‘relate’ dengan apa yang dilakukan Amsyar tersebut kerana suara dan gayanya boleh dikatakan agak sama, lebih-lebih lagi ketika dia men1ru gaya Elizabeth Tan. Memasuki ruangan komen, pastinya ramai yang memberikan pujian selain terpegun dengan bakat men1ru suara artis-artis tersebut.

Apa-apa pun part surat khabar lama tu kelakar okay!  Sumber : Lobak Merah

Pemilik Tertekan Terima Lebih 4000 Panggilan Setiap Hari. Tak Sangka Nombor Telefon Pada Kad Squid Game Memang Wujud.

Baru beberapa hari ditayangkan, siri Squid Game yang ditayangkan di Netflix kini menjadi fenomena di seluruh dunia. Malah, ia juga telah menduduki tempat pertama carta di banyak negara sekali gus menjadikannya siri Korea Selatan paling popular.

Pun begitu, semenjak siri ini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia, ada beberapa individu telah tampil mendkwa mereka telah menerima banyak panggilan telefon dan mesej selepas satu babak dalam siri terbabit yang memaparkan satu nombor telefon, lapor The Korea Herald. Difahamkan, dalam salah satu babak siri terbabit, aktor Gong Yoo telah memberikan satu business card kepada Ki-hoon (lakonan Lee Jung-jae) untuk mengajaknya menyertai pertandingan Squid Game.

Business card yang ditawarkan dalam Squid Game ini memaparkan lapan digit nombor telefon yang memerlukan bakal peserta untuk mendialnya untuk menyertai pertandingan ini. Dkwa seorang lelaki yang enggan dikenali, dia telah menerima banyak panggilan dan mesej daripada orang tak dikenali sejak siri itu dipaparkan kepada umum.

“Saya dah lebih 10 tahun pakai nombor ini jadi saya agak terkejut. Kadangkala, saya terima hampir 4,000 panggilan setiap hari,” jelasnya dalam satu temu bual. Tambah lelaki terbabit lagi, dia langsung tidak tahu bagaimana orang ramai boleh mendapat nombor telefonnya sehinggalah dia diberitahu oleh salah seorang pemanggil bahawa nombor telefonnya telah dipaparkan dalam satu babak siri terkenal Netflix itu.

Tidak cukup dengan itu, ada juga individu lain yang tampil mendkwa mereka menjadi mngs4 prank call gara-gara nombor telefon mereka hampir dengan nombor telefon yang dipaparkan dalam business card dalam siri berkenaan. Individu terbabit juga sempat memberi pesanan kepada pengarah Squid Game supaya menghubunginya bagi menyelesaikan masalah terbabit. Selepas dakwaan-dakwaan ini muncul, Netflix Korea berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu dengan lebih terperinci dan mereka juga sedaya-upaya cuba menghubungi mngs4-mngs4 yang mendakwa menerima prank call.

Untuk pengetahuan korang yang mungkin belum berkesempatan nak tonton siri ini, Squid Game menceritakan tentang 456 individu yang mempunyai masalah tersendiri terutamanya kewangan menjadi peserta sebuah permainan dimana mereka akan memperoleh 45.6 bilion won sebagai hadiah. Squid Game menampilkan barisan pelakon hebat seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Jung Ho-yeon, Lee Byung-hun dan Gong Yoo. Sumber: The Korea Herald

Meraih Populariti Sekelip Mata. Disebabkan Pandemik Covid 19 Buntat Jual Roti Canai.

Lima tahun lalu, watak Buntat yang dilakonkan Muhammad Ariff Abdullah, 17, dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku pernah mencetuskan fenomena sehingga meraih populariti dalam sekelip mata.

Kini, Muhammad Ariff lebih memberi fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijangka tahun depan.

Selain itu, Muhammad Ariff yang kini meningkat remaja turut mengambil kesempatan membantu bapanya yang menjual roti canai di medan selera di Jitra, Kedah.

Melihatkan tingkah lakunya kini, Muhammad Ariff lebih petah berbicara selain tidak kekok ketika mengambil pesanan dan melakukan kerja di kedai bapanya.

Malah, berbanding ketika awal mencipta nama, dia juga semakin ramah dan selesa ketika diaju pelbagai soalan mengenai perkembangan dirinya.

Tidak lekang dengan senyuman, Muhammad Ariff berkata, dia teringin untuk berlakon, namun disebabkan pandemik Covid-19 dia terpaksa memperlahankan aktiviti lakonan selain tidak menerima sebarang tawaran.

“Mungkin ada hikmahnya juga kerana disebabkan Covid-19 ini saya dapat fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan SPM.

“Kali terakhir saya menjalani penggambaran tahun lalu dalam satu babak drama 7 Hari Mencintaiku 2 dengan memegang watak sebagai Ariff,” katanya di kedai roti canai bapanya.

Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya ditawarkan watak apa sekalipun selepas ini, namun ia mungkin perlu seiring dengan usianya yang meningkat remaja. “Saya seronok berlakon dan yakin akan dapat menjiwai apa saja watak yang diberikan kerana minat dan enggan sia-siakan bakat yang ada,” katanya.

Selain mencipta nama dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Muhammad Ariff juga pernah berlakon dalam filem Jibam yang ditayangkan pada 2017 dengan memegang watak sebagai kanak-kanak istimewa. Walaupun menghidap disleksia serta menghadapi masalah untuk membaca dan menulis, namun Muhammad Ariff mempunyai daya ingatan yang kuat dan cenderung kepada perkara diminatinya. Sumber: hmetro.

Sewaktu Pandemik Guru Ini Ambil Inisiatif Baru Untuk Menyampaikan Ilmu. Kini Guru Ini Sudah Digelar Youtubers.

Cikgu Rodzi mahu membantu pelajar memahami matematik dengan lebih mudah menggunakan teknik pengajaran secara virtual. Sebelum ini seorang guru Matematik, Mohd Rodzi Mat Ghani pernah tular di Facebook selepas berkongsi formula dan kaedah penyelesaian subjek itu menggunakan formula mudah difahami pelajar. Perkongsian yang dibuat Mohd Rodzi, 43, menarik perhatian memandangkan ketika itu ramai pelajar belajar dari rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan.

Sejak itu, guru SK Pauh Jaya, Permatang Pauh Pulau Pinang itu giat berkongsi pelbagai soalan dan penyelesaian Matematik di Facebook miliknya dalam usaha membantu pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran ekoran pandemik yang sedang melanda ketika ini. Melihat kepada sambutan menggalakkan diterimanya, Mohd Rodzi beralih ke YouTube dengan menubuhkan saluran Cikgu Rodzi dengan harapan dapat mencapai dan membantu lebih banyak pelajar.

Cikgu Rodzi sentiasa mahu membantu pelajar-pelajar memahami Matematik dengan lebih mudah.

“Pada awalnya saya tubuhkan saluran itu untuk menyediakan bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk pelajar saya yang mungkin tidak berkesempatan mengikuti kelas secara Zoom. Tapi apabila saya lihat jumlah tontonan beberapa video yang dihasilkan ia amat memberangsangkan malah ramai mula meninggalkan komen untuk saya hasil video dengan tajuk-tajuk lain pula,” katanya.

Hanya berbekalkan telefon!

Berkongsi mengenai ideanya untuk menggunakan YouTube, Mohd Rodzi memberitahu dia pada awalnya sekadar ingin mencuba malah mengakui tidak mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi dan media sosial.

Bagaimanapun ceritanya, dia tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan sebaliknya menggunakan gajet sedia ada untuk menghasilkan bahan pengajaran untuk murid-muridnya.

“Hanya berbekalkan telefon, saya rakam topik yang ingin diajar menggunakan aplikasi yang menyediakan papan putih virtual sebelum saya rakam suara dan muat naik di YouTube.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  https://erakini.bbn.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*