[VIDEO] “Alhamdulillah, Untuk Pi Beranak” Sar4t H4mil, Kak KM Sempat Beli Kereta Warna Merah Menyala

Usahawan kecantikan sensasi Liana Rosli atau Iebih mesra dipanggil Kak KM meluahkan rasa bersyukur apabila sempat membeli sebuah kereta mewah bertujuan untuk pergi ke hospital bers4lin.

Menerusi laman sosial Instagram, Kak KM memuat naik sebuah video sedang meninjau kereta mewah berjenama Mercedes di sebuah ruang pertunjukan untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah, untuk pi beranak. Nak pegi sambut kehadiran #therealkm,” tulisnya di ruangan komen.

Menerusi perkongsian berdurasi hampir satu minit itu, Kak KM merasai sendiri pengalaman duduk di tempat pemandu dan dia sekeluarga sangat tertarik untuk memiliki kereta mewah warna merah tersebut.

Turut hadir sama meninjau kereta mewah tersebut adalah suami, anak perempuan serta kakaknya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji kereta mewah pilihan Kak KM yang cantik dengan warna menyala tersebut adalah rezeki untuk bayi yang dikandungnya.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar urusan kelahiran anak keempatnya itu dipermudahkan.

“Semoga kak KM selamat melahirkan dan dipermudahkan segala urusan,” komen seorang wargamaya. “Nak beranak kereta baru,” ujar seorang wargamaya.

“Merah menyala, lawa sangat ni yang,” puji seorang wargamaya. “Alhamdulillah, tahniah kak KM,” kata seorang wargamaya.

“Masyallah cantik sangat kereta ni. Rezeki baby baru, congrats,” tulis seorang wargamaya.

“Syukur alhamdulillah, semoga kak KM selamat melahirkan dan dipermudahkan segala urusan,” doa seorang wargamaya.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 22,000 tontonan daripada wargamaya.

Terdahulu, Kak KM mengumumkan dia dah suami bakal menyambut kehadiran seorang lagi bayi perempuan.

Pasangan itu sebelum ini dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Sekadar info, Kak KM merupakan anak kepada dram4tis veteran Normah Damanhuri dan kakak kepada model Ahya Rosli.

Sumber : Gempak

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://transformasi.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*