Dua budak kecil setia teman mak ayah live jual bundle sampai 3 pagi, si ibu percaya mereka membesar jadi anak yang bagus – “T1pulah kalau tak s4yu”

MAAFKAN mama!

Demikian luah seorang ibu kepada tiga cahaya mata menerusi satu bingkis4n video penuh emosi menerusi laman TikTok miliknya.

Wanita itu, Nur Fatin Ameera Mohamad Ali, 24, mengakui sebak mengenangkan nasib anak-anaknya yang turut terkesan setiap kali dia sibuk berniaga pakaian terpakai.

Dalam video yang dikongsi, kelihatan anak sulungnya terlelap di atas lantai ketika dia dan suami, Ryan Johari Rayanra, 27, sedang membuat siaran langsung (live) untuk perniagaan mereka.

“Suami saya dah berniaga bundle sejak tahun 2019. Saya pula bekerja sebagai money changer di Kuala Lumpur. Saya baru saja bantu suami berniaga sebab tengah bekerja dari rumah. Ada masa dan ruang, saya bantu dia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Perkahwinan kami dah masuk tahun kelima. Alhamdulillah, anak sulung berusia empat tahun. Yang kedua, dua tahun dan si bongsu berusia enam bulan.

“Tipulah kalau tak sayu. Setiap kali saya dan suami buat live jual baju bundle menerusi TikTok di rumah kami, anak-anak saya akan tunggu walaupun sampai jam 3 pagi.

ameera5

Anak-anak Ameera.

“Kadang-kadang tengok anak sulung terbaring di atas beg pakaian atas lantai hingga terlena, saya jadi s4yu. Pada masa sama, saya rasa anak saya akan jadi anak yang bagus suatu hari nanti.

“Dia tahu betapa susahnya mak ayah berusaha untuk senangkan dia,” ujarnya yang mesra disapa Ameera.

Saya tunjuk pada suami, ramai yang doakan kami murah rezeki sampai saya mengalir air mata.

AMEERA

Menurut Ameera yang menetap di Gombak, Selangor, jatuh bangun merupakan lumrah dalam bidang perniagaan, namun dia kuat kerana suami dan anak-anak.

Malah kata Ameera, dia seronok berniaga pakaian terpakai dengan suaminya biarpun penat dengan jadual seharian untuk menguruskan keluarga.

“Kekuatan saya pada anak-anak dan suami. Sebab suami saya jenis kuat bekerja. Saya pula sebelum ini jenis sambil lewa. Saya tengok suami, dia tak reti penat. Tambahan pula sekarang zaman Cov1d-19, kita kena usaha cari duit lebih.

ameera4

Ameera bersama suami dan dua anaknya.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tipvlah kalau kata senang nak berniaga. Setakat ini, Alhamdulillah OK. Ada kadang-kadang satu hari tu sendu, ada hari meriah pula.

“Tapi saya pun tak mahu fikir tentang penat. Saya cuma fikir nak kerja cari rezeki untuk anak-anak. Walaupun kita susah, ramai lagi sebenarnya yang lebih susah.

“Kita kena usaha selagi ada kekuatan. Banyak yang saya dah lalui dan saya jadikan ia sebagai kekuatan untuk terus ke depan,” ujar Ameera lagi.

Dalam pada itu, Ameera juga terkejut apabila video anak-anaknya yang dikongsi ke TikTok meraih sehingga hampir 50,000 tontonan.

Imbas Ameera lagi, dia turut mengalirkan air mata kerana terharu dengan kata-kata serta doa netizen yang dititipkan buat seluruh ahli keluarganya.

“Saya kongsi video itu untuk disimpan sebagai kenangan. Untuk tatapan anak-anak saya bila mereka dah besar nanti. Biar mereka tahu, bagaimana susahnya kami mencari rezeki.

ameera6

Antara pakaian yang dijual pasangan itu.

“Saya tak jangka video itu viral. Saya hargai setiap komen yang ditulis. Rasa terharu sangat.

“Selepas saya kongsi video itu, saya memang tak buka TikTok. Tiga hari kemudian baru saya perasan masuk banyak komen.

“Saya tunjuk pada suami, ramai yang doakan kami murah rezeki sampai saya mengalir air mata. Mereka juga doakan kejayaan kami. Ramai sebenarnya orang yang baik dalam dunia ini,” ujar Ameera lagi.

Sebelum berniaga secara live di TikTok dan page Instagram, Ameera berkata suaminya menjalankan bisnes secara terbuka di tapak-tapak seperti uptown, namun terpaksa dihentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tahun lalu.

Komen Netizen:

Malah, pasangan itu juga kini sedang dalam proses mendapatkan lesen untuk memulakan operasi perniagaan bundle di sebuah premis di Gombak, tidak lama lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : www.sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*