Zaman ini, aplikasi TikTok mendapat banyak sambutan oleh masyarakat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.
Baru-baru ini, antara trendyang sedang hangat di TikTok ialah merakam video cabaran menunjukkan perbelanjaan bulanan seseorang kepada khalayak ramai.
Anak perempuan kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Iris Leona turut tidak ketinggalan mencuba cabaran berkenaan.
Namun begitu, video itu telah mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga ada yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak elok dan seolah-olah Leona tidak sensitif dengan situasi semasa.
Ekoran itu bagi menjernihkan keadaan, remaja berusia 18 tahun itu tampil memberi penjelasan berkenaan video yang dikongsinya itu di laman sosial Twitter miliknya.
I’m pretty sure I’ve said this a few times but it’s 100% my own money I earned myself and my parents don’t give me allowance anymore. I don’t think I need to justify my spendings and this was a trend on tiktok which I did not start ? https://t.co/jJqoK6am0f
— leona (@kasihirisleona) December 14, 2020
“Saya dah ulang ni banyak kali, duit itu adalah 100% hasil dari titik peluh saya sendiri dan ibu bapa saya tidak beri saya duit belanja dah.
“Saya rasa tidak perlulah saya menjelaskan tentang perbelanjaan saya malah, bukan saya yang memulakan trend TikTok tersebut,” tulisnya dalam posting di Twitter.
Di samping itu, Leona turut memohon maaf sekiranya ada pihak yang terguris hati saat melihat video TikTok tersebut.
i acknowledge that my tiktok came off as tone deaf and i apologise for that. i took it down yesterday after realising but yeah, if you were uncomfortable by it, im sorry
— leona (@kasihirisleona) December 14, 2020
“Saya mengaku yang TikTok saya mungkin tidak kena/tidak sensitif dan saya meminta maaf tentang itu.
“Saya dah memadamnya semalam setelah sedar dan ya jika kamu berasa tidak selesa dengannya, saya minta maaf,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Leona supaya usah pedulikan komen-komen berbaur neg4tif daripada netizen lain yang hanya tahu menghukvm seseorang.
Manusia akan sentiasa menghukvm
Awak kaya dan semua tu duit sendiri
Tak malu ke persoalkan punca pendapatan seseorang
Biarkan mereka, bukan salah awak
Terdahulu, aplikasi yang menggabungkan lagu dan video itu menjadi satu ‘kegila4n’ apabila pengguna boleh berkongsi kreativiti selain mengikuti trend serta cabaran baru.
Sumber: Twitter Kasih Iris Leona
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : https://www.dnq.pw
Leave a Reply