[VIDEO] “Kononnya Tak Mampu Beli Hadiah Untuk Anak” – Tapi Lain Pula Yang Jadi Pada Ibu Ini

Kasih ibu membawa ke syurga. Tak dapat dinafikan bahawa ibu bapa adalah insan yang akan berkorban apa sahaja demi membesarkan anak tersayang.

Ibu mana yang tak sayang akan anak-anaknya. Kalau boleh, apa sahaja yang diinginkan anak pasti akan diusahakan untuk ditunaikan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang wanita yang datang bertemu anaknya untuk memberikan sesuatu bersempena hari lahir kanak-kanak tersebut.

Namun, menurut wanita yang menggunakan nama @semuthijau5, dia tidak mampu untuk membelikan kek buat anaknya, jadi  menggantikan dengan membelikan makanan bungkus sebagai hadiah hari lahir.

@semuthijau5Hari ni bnyak liku2 yg aku lalui maff kn ibu x mmpu nk beli hdiah bfday mhal2 macam ibu org lainn ##kecewa♬ bunyi asal – ????✨ – ayu??✨

 

Dalam kapsyen yang disertakan, @semuthijau5 memaklumkan yang banyak liku-liku yang telah dilalui dan meminta maaf kepada anaknya kerana tidak mampu membelikan hadiah yang mahal seperti ibu orang lain.

Walau bagaimanapun, kenyataan wanita itu menimbulkan tanda tanya dan rasa pelik dalam kalangan netizen kerana wanita itu menaiki kereta berjenama mewah BMW tapi tidak mampu untuk beli hanya sebiji kek!

Tak hanya itu, ada netizen yang merasakan posting berkenaan adalah sekadar konten untuk meraih viewers memadangkan video tersebut telah meraih hampir sejuta tontonan hanya dalam masa sehari sahaja selepas dimuat naik.

Namun begitu ada juga yang mengatakan kita tidak tahu masalah wanita tersebut kerana bukan semua yang memandu kereta mewah tidak mempunyai masalah kewangan.

 

Sumber :TikTok @semuthijau5

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://www.malaysiatimes.news

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*