[VIDEO] Mak Bekas Kekasih Call Banyak Kali Suruh Datang Kenduri Kahwin– “Aku Doakan Dia Bahagia Dunia & Akhirat”

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya menyimpan hasrat untuk menghalalkan perhubungan tersebut dan hidup bersama buat selama-lamanya. Namun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan selebihnya telah ditentukan oleh Sang Pencipta. Walaupun, perhubungan tersebut ‘terkandas’ di tengah jalan hubungan antara kedua-dua keluarga masih perlu dijaga dengan sebaik mungkin.

Seperti video dikongsi seorang pemuda di laman TikTok, menceritakan dia menerima panggilan daripada ibu bekas kekasihnya yang memintanya untuk hadir ke majlis perkahwinan anaknya. Ujar pemuda ini lagi, wanita berkenaan dikatakan membuat panggilan kepadanya setiap 5 minit. Bagi tidak mengecewakan hati, pemuda ini membuat keputusan dan hadir semasa majlis tersebut berlangsung.

Ada tak yang macam ni. Kita senasib lah. Kita dah move on, tapi mak ex kita yang tak boleh move on. Hari ini setiap 5 minit call sebab nak jumpa sangat. Aku buat keputusan datang kenduri anak dia tu.

Mengulas lebih lanjut, pemuda ini pada masa yang sama turut mendoakan supaya bekas kekasihnya bahagia bersama suami tersayang. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton hampir 250k tontonan dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya.

Dia tengah makan tu. Aku doakan dia semoga bahagia dunia dan akhirat. Happy for you

Maybe hari terakhir kita jumpa ya. Kendurimu aku datang.

Video penuh:

Jaga hubungan dengan mak ex

Sumber: Noadamki

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : obulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*