Meng4ku Vokal Capai Standard AJL, Iqbal Ber4ngan Bertanding Di Pentas Besar – “Saya Nyanyi Live Dan Rakaman Tak Jauh Beza Pun”

Belum sempat single pertama diperdengarkan kepada umum, usahawan yang kini bergelar penyanyi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli sudah memasang angan-angan untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Ujar Iqbal, 27, taruhannya menerusi lagu Hujan selain paduan vokal yang baik mampu untuk bersaing di pentas berprestij itu.

“Sekiranya ada rezeki untuk ke AJL saya okay je. Tidak la rasa tergugat sangat sebab suara saya ketika menyanyi live dan rakaman tak jauh beza pun.

“Tapi semestinya kena ada persediaan yang rapi, saya perlu lebih banyak latihan kalau ada rezeki ke AJL nanti.

“Saya sedar diri dan saya tidak la mahu berl4gak, tapi kalau ada rezeki ke AJL apa salahnya. Namun saya tetap hormat orang lama dan akui saya masih belajar,” katanya kepada mStar.

Video muzik (MV) lagu Hujan ciptaan Eriq Fuzi daripada kumpulan Floor 88 bakal dilancarkan menerusi saluran YouTube Rusa Music pada petang Isnin.

Idea menghasilkan lagu yang mengisahkan tentang perjalanan kisah peribadinya itu muncul selepas hubungan cintanya bersama jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berakhir dengan perpisahan.

Bercerita lanjut tentang debut pertamanya itu, Iqbal akui berdebar-debar menanti reaksi orang ramai.

Namun katanya dia berpuas hati dengan hasil dan pencapaiannya setakat ini.

“Perasaan berdebar bercampur dengan teruja. Banyak persoalan timbul dalam fikiran saya… risau jika ada cemuh4n dan maki4n.

“Perkara ini baru bagi saya, saya tak tahu apa komen dan reaksi orang industri terhadap saya.

“Kadang-kadang pula saya rasa nak balas dend4m, nak buktikan saya boleh buat yang terbaik dan bukan drama semata-mata,” katanya lagi.

Tambah Iqbal dia berharap pendengar memberi peluang untuknya menghiasi dunia seni dengan bakatnya selain mahu menjadikan lagu ini sebagai coretan perjalanan hidupnya.

Terang Iqbal, pemilihan judul lagu tersebut juga memberikan gambaran tentang apa yang pernah dialaminya suatu ketika dulu.

“Lagu ni berdasarkan pengalaman hidup saya. Saya pernah dih4lau diberhentikan kerja pada waktu hujan. Saya di bu4ng tanpa pertimbangan.

“Netizen boleh nilai sendiri sama ada ini adalah marketing produk saya atau tidak,” ujarnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*