“Kembar Selena Gomez Ke ni, Cantik” – Anak Dara Que & Linda Dah Berusia 12 Tahun

Pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun iaitu pelakon Que Haidar dan juga Linda Jasmine yang terkenal dengan kerjayanya sebagai penari.

Anak perempuannya Tengku Ratu Haidar baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-12 pada pertengahan bulan Oktober lalu. Que Haidar dikenali sebagai seorang ayah yang sering meluangkan masa dan melayan gelagat anak-anaknya.

Baru-baru ini dia ada membuat video bersama Tengku Ratu di Instagram dan juga TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars)

Gerak tarian oleh Ratu mengingatkan kepada ibunya yang merupakan seorang penari disegani. Ramai tertarik dengan tarian yang ditunjukkan dalam video itu.


Selain daripada itu, ramai yang komen tertarik dengan kejelitaan Ratu dan mengatakan seiras dengan selebriti Hollywood, Selena Gomez.

“Seyes mcm Selena Gomez la. You had beautiful daughter. Nampak gaya ada warisi bakat ibu and harap2 bakat lakonan pun menyerlah mcm bapa dia,”

“Like her mommy. Mommy dia sangat pro dancing,”

“Selena Gomez is that you,”

“How is she so gorgeous at 12 years old?” ujar rata-rata pengikutnya

Ramai mendoakan Ratu melebarkan bakat tarian seperti ibunya dan melibatkan diri dalam bidang seni seperti ayahnya.