[VIDEO] Telatah ‘Masuk Air’ Didie Alias Dan Azhan Rani, “Ustaz Madi Jangan Buat Hal, Aku Perati Je”

Siapa sahaja yang tidak mengenali Azhan Rani dan Didie Alias. Kedua-duanya sudah bertapak dalam dunia hiburan sejak dari dulu lagi. Nama mereka berdua ini juga bukan calang-calang. Kalau diberikan watak antagonis memang lain macam menjadi jahatnya karakter yang dilakonkan mereka.

Namun dalam dunia realiti, mereka berdua ini memiliki personaliti yang tersendiri. Didie Alias terkenal dengan lawaknya dan becoknya. Manakala Azhan Rani pula boleh tahan ‘masuk air’ perangainya.

Malah baru-baru ini satu video yang memaparkan telatah ‘masuk air’ Didie Alias dan Azhan Rani telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu kelihatan kedua-dua pelakon senior ini dengan berlatarbelakangkan gua.

Apa yang telah mencuri perhatian ramai adalah apabila Didie Alias dan Azhan Rani ini mula buat hal dengan menari bergelek mengikut rentak lagu ‘Sengol-Sengolan, Cubit-Cubitan’ nyanyian asal Mas Idayu. Berikut adalah perkongsian video rakaman dua selebriti ini:

@mumydidiealias

Sorang lagik geng baru madam hahaha..##gengmasukair ##tuanrejab ##azhanrani ##fantasiainn ##fyp

♬ Senggol Senggolan, Cubit Cubitan – Mas Idayu

Perkongsian video telatah ‘masuk air’ Didie Alias dan Azhan Rani yang dimuat naik menerusi TikTok ini telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dan 67 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Kak aku tak boleh lah dengan ko ni…kelako hahaha”

Telatah ‘Masuk Air’ Didie 4

“Ostad madi jangan buat hal. Aku perati kan je ni”

Telatah ‘Masuk Air’ Didie 3

“Azhan Rani tu makin lama makin kelakar…Lama dia simpan karakter sebenar dia”

Telatah ‘Masuk Air’ Didie 2

“Madam buat sikit latah dekat ustaz madi hahaha..Teringat pulak dalam cerita kampung latah kena kuarantin”

Telatah ‘Masuk Air’ Didie 1

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*