SesuatuTerjadi Dekat Laman Faceb0ok IsmailSabri Lepas TngkuZafrul Umum Bajet2022

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendokong tiga paksi utama iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan.

Sebanyak RM 332.1 b.ilion disediakan dalam Bajet 2022, tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.

Kerajaan perkenal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) salur bantuan RM 2,000 kepada isi rumah mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM 2,500. Di bawah BKM kerajaan beri bantuan tambahan RM 500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan sehingga RM 5,000.

Bantuan tambahan RM 300 diberikan kepada warga emas menerusi BKM.

Syarat kelayakan kebajikan dinaikkan kepada Paras Garis Kem.iskinan Makanan 2019 iaitu RM 1,169, berbanding RM 980.Kerajaan sediakan RM 25 j.uta kepada Yayasan Keluarga Malaysia untuk pimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak.

Sebanyak RM 32.4 b.ilion diperuntukkan kepada Kementerian Kes.ihatan. Kerajaan bercadang beri pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan v.aksin penggalak yang dibiayai sendiri.

Kerajaan bercadang meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula, perluaskan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi n.ikotin.

Kerajaan setuju sambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi maksimum empat tahun selepas tempoh khidmat wajib dua tahun.

Kerajaan meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM 100 j.uta yang memberi manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian. RM 70 j.uta diperuntukkan untuk pastikan i.su kes.ihatan m.ental diberi keutamaan.

RM 52.6 b.ilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, manakala RM 14.5 b.ilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Kerajaan setuju sediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM 150, dijangka manfaatkan 3 j.uta murid yang layak.

RM 1 b.ilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk RM 140 j.uta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.

RM 120 j.uta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. RM 746 j.uta diperuntukkan untuk naik taraf sekolah-sekolah daif, sebilangan besar di Sabah 112 projek dan Sarawak 165 projek.

RM 50 j.uta diperuntukkan untuk memperkasa agenda pendidikan khas termasuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.

Kerajaan teruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukkan RM 400 j.uta. Lebih 400,000 guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan dapat manfaat Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM 100.

Setiap pelajar B40 di IPT dibekalkan sebuah tablet menerusi inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia, libatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM 450 j.uta. Pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM 2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet hingga 31 Disember 2022.

Diskaun bayaran balik PTPTN antara 10 hingga 15 peratus bermula 1 November hingga 30 Apil 2022. RM 6.6 bilion diperuntukkan untuk memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

RM 4.8 diperuntuk bagi melaksanakan inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia JaminKerja, jamin penyediaan 600,000 ribu peluang pekerjaan. Kerajaan beri insentif 20 hingga 30 peratus daripada gaji bulanan kepada majikan yang ambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif berkerja.

Kerajaan beri insentif 30 hingga 40 peratus daripada gaji bulanan RM 1,200 ke atas kepada majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU, Orang Asli dan b.anduan.

80,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan swasta ditawarkan menerusi inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme MySTEP RM 1.1 b.ilion diperuntuk untuk pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan sasaran 220,000 pelatih.

Pelepasan cukai bagi perbelanjaan hadir kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada RM 1,000 kepada RM 2,000 hingga 2023.Potongan cukai dua kali kepada syarikat beri biasiswa kepada pelajar IPT dalam semua bidang pengajian.

Program Baucar Perlindungan Tenang untuk B40 dinaikkan kepada RM 75, boleh diguna untuk beli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Jan 2022.

Skim MySalam diperluas kepada semua penerima BKM, manfaat tuntutan kos peranti perubatan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima.

Inisiatif i-Saraan diperluas kepada individu berumur 55 sehingga 60 tahun, babitkan peruntukkan RM 30 j.uta. RM 80 j.uta diperuntuk di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia.

Inisiatif perlindungan sosial negara di bawah Perkeso diteruskan dengan nilai caruman 80 peratus, manfaat diperluas kepada sembilan kategori termasuk artis.

Kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan Perkeso dinaikkan kepada RM 550 akan bantu 56,000 isi rumah.

Pelepasan cukai hingga RM 4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman secara sukarela. Had pelepasan cukai dinaikkan kepada RM 350 untuk galak pekerja swasta mencarum dengan PERKESO.

RM 11.4 b.ilion diperuntuk bagi memperkasa Bumiputera. RM 1.5 b.ilion diperuntuk bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam. Pemberian khas sekali bayar RM 500 kepada 70,000 imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kafa.

RM 200 j.uta diperuntuk untuk kaum Cina, RM145 bagi kaum India dan RM 274 j.uta kepada komuniti Orang Asli.

RM 10 j.uta disediakan untuk galakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan. Kadar wang saku pelajar Sekolah Menengah dalam kalangan Orang Asli dinaikkan kepada RM 4 sehari.

Geran RM 6,000 untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga libatkan peruntukan RM 50 j.uta, manakala RM 50 j.uta untuk kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan PBT.

Semua syarikat senaraian awam wajib lantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita. RM 30 j.uta diperuntuk untuk sediakan taska di bangunan kerajaan, pinda garis panduan benarkan taska beroperasi di aras melebihi tingkat satu pejabat.

Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM 3,000 bagi bayaran yusan taska dan tadika hingga tahun taksiran 2023. RM 13 j.uta diperuntuk bagi memperkasa Bahagian D11 PDRM, 100 perjawatan baharu akan diwujudkan.

Baru Lepas Umum, Ramai Luahkan Perasaan Dekat FB Perdana Menteri

Kredit : BH/OM

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  http://www.onlinemalaya.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*