BKM: RM2,000 untuk isi rumah 3 anak atau lebih, pendapatan kurang RM2,500 sebulan
KERAJAAN memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan peruntukan berjumlah RM8.2 billion yang memanfaatkan 9.6 juta penerima.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 di Parlimen, petang Jumaat.
Tengku Zafrul berkata, BKM akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan.
“Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.
“Kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000,” katanya.
Selain itu, katanya, bantuan tambahan sebanyak RM300 turut diberikan kepada isi rumah warga emas.
“Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500,” katanya.
Selain itu katanya, kerajaan menyediakan RM25 juta kepada 25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi memimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan 4,700 anak-anak yatim.
“Sebagai tambahan, kerajaan juga menyeru semua pihak khususnya sektor korporat untuk sama menyumbang demi kebajikan anak-anak ini,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: https://news78post.com
Leave a Reply