[VIDEO] “Bertuah Nya…” Telatah Anak Fizo Omar Berbual Dgn Fazeera Jadi Perhatian Ramai

Nampaknya selepas Fizo Omar mengesahkan perkahwinannya dengan seorang gadis Sarawak bernama Fazeera Nazri Aziz, tidak henti-henti pasangan sama cantik, sama padan ini menjadi tumpuan.

Menerusi media sosial juga, peminat di pelbagai platform mengucapkan tahniah kepada Fizo Omar yang kini bergelar seorang suami kepada gadis pilihan hatinya.

Seperti yang sedia tahu juga, pelakon Fizo Omar mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam dimana kini berusia 4 tahun dan sering sahaja mencuri tumpuan peminat terhadap si cilik comel ini.

Namun begitu di ruangan TikTok, video yang memaparkan Fazeera bersama anak Fizo Omar menjadi perhatian apabila melalui aplikasi popular tersebut dikongsikan rakaman pendek mereka sedang berbual.

Anak Fizo Omar yang dilihat tidak kekok dengan Fazeera mengundang video tersebut juga mendapat perhatian pengguna TikTok dengan 1.8 juta telah ditonton oleh wargamaya.

Dalam pada itu juga, hantaran video di ruangan TikTok terbabit bersama satu rakaman video turut menerima pelbagai pujian dan tak kurang juga, netizen mendoakan yang terbaik buat keluarga bahagia ini.

“Bertuah adik Maryam ada dua mummy sayang kat dia”

“Cantiknya awak… semoga bahagia sampai ke Jannah…”

Anak

“Maryam pun suka dapat mak baru…”

“Bekas Pramugari” Ramai Puji Isteri Fizo Omar Cantik. Sekali Ini Yang Mawar Komen

PERSOALAN netizen mengenai status Fizo Omar terjawab apabila pengurus aktor itu mengesahkan pelakon berkenaan selamat bergelar suami dalam satu majlis yang diadakan pada pagi Khamis.

Pengurusnya Mimi berkata, majlis diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang kira-kira pukul 10 pagi.

Mimi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti isteri kepada pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu kerana mahu memberi peluang kepada Fizo mengumumkannya sendiri.

Katanya, Fizo akan mengumumkan dan berkongsi maklumat terperinci mengenai perkahwinannya itu dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah pagi semalam (Khamis). Fizo buat majlis secara tertutup hanya famili terdekat sahaja yang datang.

Fazeera berasal dari Sarawak merupakan bekas pramugari.

“Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa suri hati dia,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, hasil carian mStar beberapa laman sosial mendapati isteri Fizo itu dikenali dengan nama Fazeera Nazri.

Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa suri hati dia

Fazeera yang juga merupakan bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan berkongsi dua keping gambar mengenakan baju pengantin dan turut menggunakan gambar profil Fizo berbaju Melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam.

Foto pertama yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki (tanpa menunjukkan wajah) sedang menyarung cincin ke jarinya dengan kapsyen Alhamdulillah.

Fazeera yang dipercayai berasal dari Sarawak bagaimanapun menutup ruangan komen pada akaun miliknya itu.

Sama cantik sama padan.

Pada malam Khamis, Fizo berkongsi sekeping foto memakai persalinan baju melayu berwarna putih bersama anak perempuannya di Instagram.

Walaupun tidak mengesahkan tentang khabar gembira itu namun Fizo memberi bayangan dia kini sudah keluar daripada kumpulan selebriti berstatus duda

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*