“Semua orang patut dapat layanan yang sama” wanita 0ku sebak Tk boleh ‘order’ di kaunter drive-thru

Orang Kelainan Upaya (OKU) biasanya akan mengalami sedikit kesuk4ran dalam melakukan aktiviti harian. Namun begitu, ia bukanlah satu halangan buat mereka kerana sudah terbiasa melakukan extra usaha agar dapat bertindak sama seperti manusia normal.

Akan tetapi, ada beberapa kekangan yang mereka perlu meminta pertolongan daripada orang sekeliling bagi memudahkan urusan. Hal ini samalah seperti perkongsian seorang wanita OKU kategori pek4k dan b1su apabila mengalami kesukaran ketika berada di kaunter drive-thru sebuah restoran makanan segera.

Dalam muat naik video yang dibuat @aira_meor, dia telah menzahirkan rasa kecew4 apabila haknya diketepikan ketika mahu membuat pesanan.

Menurutnya, dia berasa kecew4 kerana sebelum ini dia pernah membuat pesanan melalui drive-thru juga dan dilayan dengan baik oleh staf bertugas.

Namun untuk kali kedua, dia melakukan hal sama di lokasi yang sama tetapi staf tidak dapat membantu walaupun sudah menunjukkan menu yang ingin dipesan.

Lebih menyedihkan, dia perlu ke kaunter di dalam restoran tersebut untuk membuat pesanan. Berasa haknya dinafikan, dia tidak masuk semula ke restoran itu kerana benar-benar kecew4.

Individu pek4k & b1su seharusnya dapat hak yang sama

Jadi, dia menyarankan agar restoran makanan segera tersebut menaiktaraf perkhidmatan agar ‘mesra OKU’ sepertinya kerana ia sangat menyusahkan mereka yang pek4k dan b1su ketika mahu membuat drive-thru.

Wanita berkenaan juga dilihat sebak ketika menceritakan kejadian tersebut dan videonya juga telah dikongsikan di media sosial yang lain seperti Twitter sehingga mendapat perhatian ramai.

Semua orang patut dapat layanan yang sama

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen menyokong wanita OKU itu dan setuju dengan saranannya supaya pihak restoran menaiktarafkan kemudahan buat golongan seperti mereka.

Memang ramai yang lalui pengalaman sama

Staf kena belajat bahasa isyarat basic

Walau bagaimanapun, pihak restoran makanan segera itu telah memohon maaf diatas ins1den yang terjadi kepada @aira_meor. Pihak mereka berjanji akan mengambil tindakan untuk perkara tersebut.

Pengguna TikTok itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada warganet diatas sokongan dan berharap agar bahasa isyarat diajar di sekolah pada masa hadapan.

Malaysia memang masih kurang alert dengan OKU

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: TikTok @aira_meor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*