“Ini bukan drive-thru, ini walk-thru!” – Kaunter Utama Tutup, Gadis ‘Improvise’ Jalan Kaki Di ‘Drive-Thru’

Min pasti mesti ramai antara korang yang selalu order makanan melalui laluan drive-thru je sekarang, kan? Biasanya kita lihat di kaunter drive-thru restoran makanan segera ni majoritinya digunakan oleh pemandu kereta sahaja.

Uniknya, kali ini ada yang pesan makanan di lorong pandu lalu, tapi masing-masing berjalan kaki. Ha.. macam mana tu?

Melalui akaun Tiktok @simp4biyy, sekumpulan gadis ini dilihat membeli makanan di sebuah restoran fast food melalui kaunter pandu lalu tanpa memandu sebarang kenderaan.

Gadis-gadis tersebut dikatakan berjalan kaki ke restoran itu, di mana kaunter utamanya telah ditutup dan hanya lorong pandu lalu yang masih beroperasi. Situasi ini lebih menghiburkan apabila mereka berdiri untuk order di depan kaunter pandu lalu itu dan mengambil pesanan membelakangi kereta lain.

Video:

@simp4biyypeluh peluh drive thru kalini ?? #fypシ #xyzbca #esekeli♬ DJ Lalala – yogaserge

Video ini tular di Tiktok dengan jumlah tontonan melebihi 70 ribu dan lebih 7 ribu jumlah like. Rata-rata netizen geli hati melihat gelagat gadis-gadis ini, malah ada juga pengguna lain memuji pekerja restoran itu yang sporting melayan karenah mereka. Siap dapat aiskrim percuma lagi!

Di bahagian komen, ada netizen yang pernah mengalami situasi yang sama dengan gadis-gadis ini. Ada juga yang teringin nak cuba! Wah… macam-macam ya korang.

Komen Netizen:

Haa… lepas ni korang jangan pula buat benda pelik-pelik kat lorong drive-thru tu tau!

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*