“Selama Ni Ingat Dah Suami Orang!!” -Daler Yusuf Bakal Menamatkan Zaman Bujangnya Tak Lama Lagi

Pelakon kacak, Daler Yusuf, 28 mendedahkan sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama suri hati pilihannya tidak lama lagi.

Kongsi pelakon kelahiran Uzbezkistan ini, dia perlu merahsiakan identiti bakal isterinya buat ketika ini dan sedang mencari waktu yang sesuai untuk mengumumkan tentang perkahwinannya secara terperinci.


Foto: IG

“Ya, saya merancang untuk berkahwin. Dalam masa terdekat.

“Saya akan kongsikan perinciannya pada waktu yang sesuai nanti. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” katanya kepada Utusan.

Daler dalam pada itu enggan mendedahkan siapa wanita bertuah tersebut.

Namun, dia mengakui sudah lama mengenali hati budi wanita itu.

“Tidak, dia bukan orang industri.

“Kami sudah lama kenal. Dia cuma orang biasa,” Katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daler Yusuf (@daleryusuf)

Beberapa tahun lalu, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini pernah didakwa sudah bergelar suami orang.

Bagaimanapun Daler tampil menepis dakwaan tersebut dan menegaskan dia masih bujang dan bukan suami orang.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://b.cari.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*