Baru sahaja KJ umum tidak benarkan aktiviti berkaitan pilihan raya dijalankan. Ahmad Maslan desak SOP PRN Melaka disemak semula.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mendesak kerajaan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan supaya sedikit kelonggaran dibenarkan ketika berkempen.

Ahmad berkata, sebagai ahli Parlimen yang menyokong kerajaan, beliau sendiri tidak dapat menerima SOP tersebut yang tidak membenarkan sebarang aktiviti berkaitan pilihan raya dilakukan.

“Nak buat pilihan raya tetapi sebarang aktiviti mengenai pilihan raya tidak boleh dibuat. Penularan varian delta dijadikan alasan untuk SOP PRN Melaka dibuat,” katanya mengkritik SOP berkenaan ketika perbahasan berhubung tujuh ordinan darurat dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad menetapkan, sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, larangan tersebut ditetapkan meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, beliau mencari maklumat berkaitan varian Delta di laman web KKM.

“Dalam laman web itu disebut bahawa jangkitan varian delta dalam kalangan individu yang divaksin jarang berlaku dan jika dijangkiti, (kita) tidak akan mengalami gejala teruk dan mungkin tidak perlu ke hospital.

“Tapi ia dijadikan alasan untuk tidak boleh dilakukan sebarang aktiviti ketika PRN Melaka,” katanya.

Justeru beliau berkata, SOP berkenaan seharusnya diteliti semula agar aktiviti kempen secara kecil-kecilan dibenarkan.

Katanya, ia termasuk kempen dari rumah ke rumah, ceramah dan pertemuan dalam jumlah kecil.-Sumber: SH.

Ada Satu Lagi Perkara Yang Tidak Dibenarkan. Sekali KJ Umum Ini Antara Aktiviti Yang Berkaitan Pilihan Raya Tidak Dibenarkan.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak membenarkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata larangan yang akan berkuatkuasa mulai 25 Okt hingga 27 Nov itu juga termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya.

“Susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pelaksanaan PRN Melaka pada 20 Nov, KKM menjangkakan banyak perhimpunan serta majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan melibatkan ramai individu berkumpul (mass gathering) dari seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Khairy berkata larangan itu juga selaras dengan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, aktiviti perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

“Larangan ini juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 yang terkini iaitu ‘apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan’.

“Sebarang pelanggaran kepada peruntukan ini, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),”katanya,

Katanya, perhimpunan atau majlis sosial tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan akan meningkatkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka.

Dikatakan pakai tangkal ada 4 jin untuk lindung diri. Tak boleh berdiam sekali ini respon padu KJ buat ramai yang terdiam.

KHAIRY Jamaluddin guna tangkal untuk lindungi diri? Menteri Kesihatan tersebut pada Ahad berkongsi tangkap layar perbualan beberapa orang individu dipercayai dari sebuah group Telegram.

Seorang individu mendakwa, gelang yang dipakai Khairy merupakan tangkal yang lengkap dengan empat jin syaitan bagi melindungi dirinya. “Salah. saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia, jin Pfizer, AstraZenaca, Sinovac dan CanSino,” jawab menteri tersebut dalam satu hantaran di akaun Instagramnya.

Tangkap layar dikongsi KJ di akaun instagramnya. Menurut Khairy, golongan anti-vaksin ini kini dilihat semakin menjadi-jadi.

Baru Je YB KJ umum akan ‘menyukarkan’ hidup, Ini reaksi pedas dari Rita dan Zul

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam membuat satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila mahu mengambil pendekatan untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang menolak vksin.

Tindakan itu dipercayai antara sebahagian komitmen kerajaan untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin. Biarpun disambut baik oleh hampir semua masyarakat, namun kenyataan itu juga turun mengundang rasa tidak puas hati oleh sesetengah pihak termasuklah beberapa selebriti terkenal.

Antara yang kelihatan menyuarakan pandangan mereka adalah pelakon Zul Yahya dan Rita Rudaini.Menerusi satu hantaran di Instagram Zul Yahya, keputusan kerajaan itu dianggap seolah menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik.

“Ramai ahli keluarga aku, sahabat aku yang ambil vaksin dan juga yang tak ambil vaksin tapi tidak ada jurang permisah antara kami. “Tidak ada siapa yang lebih atau pun yang kurang, kami masih berkasih sayang kerana Islam itu ada di dalam diri kami. Masing-masing berikhtiar untuk hidup baik,” katanya.

Jelasnya, tidak sampai 10 peratus golongan yang tidak mengambil vaksin dan mereka bukan penjnyh atau pun pnggns. “Mereka juga ada dalam kalangan oang alim dan mereka juga banyak membantu negara dan rakyat. Jangan terlalu sombng dengan keputusan kamu hingga menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik,” katanya.

Sementara itu, aktres Rita Rudaini turut berpandangan yang sama. Menurut Rita, dia menyuarakan pendapatnya tentang vksin kerana itu adalah haknya sebagai rakyat. “Ya saya ‘prosafe’ pun tak ada hak. So antivaksin ke, ‘prosafe’ ke, saya menyuarakan hak sebagai rakyat yang bayar tax, cukai pintu dan macam-macam lagi.

“Takkanlah bersuara pasal hak pun dikatakan melwan kerajaan, kita bukan buat jahat. Sekadar info, Khairy turut menjelaskan kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin. “Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Bakal pengantin nak pulang ke kampung tapi belum lengkap dos vaksin. Sekali ini tindakan polis.

GARA-GARA belum lengkap suntikan dos vaksin covid-19, sepasang kekasih yang mahu pulang ke kampung untuk mendirikan rumah tangga diarahkan berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Jeli, Kelantan.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pasangan berusia 39 dan 44 tahun itu dipercayai dari Perak menuju ke Pasir Mas turut dikenakan kompaun sebelum diarah berpatah balik pada jam 12 tengah hari Jumaat.

Selain pasangan kekasih itu, pihaknya turut mengenakan kompaun kepada 10 lagi individu di Tanah Merah pada awal pagi Jumaat atas kesalahan beriadah tanpa lengkap dua dos vaksinasi. “Kesemua 12 individu berkenaan dikompaun sebanyak RM2,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Shafien sebelum itu membuat pemantauan Ops Pematuhan Covid-19 Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di Pantai Geting, Tumpat. Tambah Shafien, pihaknya juga menggunakan dua dron untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tumpuan pelancong di negeri tersebut, di mana turut melibatkan kawasan pantai iaitu di Tumpat dan Bachok.

“Penggunaan dron ini adalah untuk membantu memudahkan kerja pemantauan dan untuk kami mengambil tindakan jika berlaku tidak patuhi SOP melibatkan kawasan-kawasan berkenaan,” jelasnya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Sinar Harian

Golongan yang tolak vaksin tak boleh terima keistimewaan sama kalau masuk hospital. Sekali ini yang pensyarah tu dedahkan.

Individu yang menolak vaksin dan dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti COVID-19, disaran menanggung sepenuhnya kos rawatan dikenakan. Pensyarah kanan Jabatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, berkata golongan itu perlu bertanggungjawab atas pemilihan risiko jangkitan kesan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Dengan menolak vaksin, tegasnya, individu terbabit dengan rela hati memilih risiko dijangkiti COVID-19 dan kemungkinan menanggung komplikasi serius daripada wabak itu. “Sekiranya ada pesakit COVID-19 masuk ke hospital dan didapati tidak divaksin kerana menolak vaksin, mereka perlu menanggung sepenuhnya kos rawatan.

“Mereka memilih untuk menolak vaksin COVID-19, maka mereka juga perlu bertanggungjawab dengan risiko dijangkiti virus itu dan kesan daripada jangkitan berkenaan. “Ia termasuk risiko mendapat manifestasi penyakit yang teruk akibat dijangkiti COVID-19 dan dimasukkan ke unit rawatan rapi,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau ditanya sama ada peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang memberi kelonggaran kepada penerima vaksin, perlu dikekalkan memandangkan kadar vaksinasi populasi dewasa seluruh negara sudah melebihi 90 peratus.

Dr Halimatus Sakdiah berkata, semua peraturan yang menyekat pergerakan individu tidak divaksin perlu dikekalkan bagi mengurangkan risiko peningkatan kemasukan ke hospital akibat wabak itu, selaras kelonggaran rentas negeri.

Meskipun tiada lagi sekatan jalan raya, katanya, pihak berkuasa perlu mengenakan denda berat kepada individu tidak divaksin yang tak patuh peraturan dan SOP berkenaan. “Saya tidak rasa ada kaedah untuk mengesan individu tidak divaksin yang tak patuh SOP kerana masyarakat sangat kreatif (mencari cara tak patuh peraturan).

“Satu-satunya cara adalah mengenakan penalti jika individu sedemikian tertangkap atau dikesan ketika pemeriksaan secara rawak di premis atau tempat awam,” katanya. Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula semalam kepada individu yang lengkap divaksin, susulan kadar vaksinasi populasi dewasa sudah mencecah 90 peratus.

Kebenaran itu membolehkan mana-mana individu yang lengkap divaksin merentas negeri tanpa kebenaran polis untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak yang belum divaksin juga dibenarkan merentas negeri selepas mengambil kira faktor kanak-kanak masih tidak boleh diberi pelalian berkenaan.

Sumber : BHARIAN ONLINE

KJ dedah individu belum vksin masih boleh rentas negeri. Tapi ada satu benda lain yang boleh halang golongan antivax.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tiada kaedah untuk menghalang individu yang belum divksin untuk merentas negeri apabila dibenarkan kelak. Jelasnya, sebaik sahaja kelonggaran itu diberikan kepada rakyat, bermakna tiada lagi sekatan jalan raya akan dilakukan.

“Kita telah kaji untuk laksanakan mereka yang tidak menerima vksin untuk buat ujian kendiri. Namun demikian, tidak ada cara untuk kuatkuasakan cadangan ini. Kita juga tidak mahu adakan sekatan jalan raya dan semak setiap orang yang keluar. Jika buat begitu, saya rasa rakyat akan lebih marah kalau berlaku kesesakan jalan memandangkan mereka sudah lama tunggu hendak balik kampung. Ini bukan macam gelembung Langkawi. Yang itu jumlah tidak ramai dan dapat dibuat di KLIA. Selepas ini jalan keluar masuk dari semua negeri dibuka dan sangat mustahil untuk kita semak setiap orang yang keluar masuk,” katanya pada sidang media khas petang Khamis.

Tambah Khairy, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada termaktub dan digunapakai termasuk tidak membenarkan individu yang belum lengkap divksin untuk ‘dine-in‘.”Maka, walaupun mereka boleh rentas negeri, tetapi mereka tidak dibenarkan makan di kedai. Ini kerana tidak ada cara untuk mengawal pergerakan yang belum divksinasi. “Ini sahaja cara yang kita boleh kuatkuasakan. Kita tidak mahu terlalu banyak SOP dalam hal rentas negeri ini sebab ramai sudah tunggu kebebasan hendak balik,” ujarnya. Sumber : Gempak

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  https://erakini.bbn.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*