Ini lokasi Mamat Khalid dikebvmi, tapi ini permintaan keluarga kpd org ramai yg hadir pada majlis pengebvmian

PIHAK keluarga Allahyarh4m Mamat Khalid meminta orang ramai yang hadir pada majlis pengebu.mian tidak memuat naik gambar jen4zah pengarah tersohor itu di laman sosial.

Perkara itu diberitahu menerusi satu posting di Instagram milik arw4ah pada pagi Ahad.

“Assalamualaikum semua, kami pihak keluarga abang Mamat Khalid memohon jasa baik anda supaya tidak memuat naik gambar jen4zah arw4h abang Mamat Khalid.

Terima kasih” ujarnya.

Perkongsian di Instagram arw4h.

Jena4zah Allahyarham Mamat Khalid akan dikeb.umikan di Tanah Perkub.uran Islam, Masjid Kampung Paloh, Ipoh pada pukul 11 pagi ini.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid meningg4l dunia akibat serang4n jantung pada usia 58 tahun kira-kira pukul 12.30 malam Ahad.

Allahyarham rebah sekitar pukul 10 malam Sabtu di restoran miliknya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak.

“Tgh bermain ‘keyboard’..Kami terus terpa ke arahnya apabila tiba-tiba papa terdiam”-Anak kenang saat2 terakhir arw4h di hadapan keluarga

Pengarah dan penerbit terkenal, Mamat Khalid, 58, sempat membuat persembahan di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River pada Ahad.
Anaknya, Mohd Khalid Amen Mohamad, 25, berkata, bapanya yang bermain ‘keyboard’ sedang memainkan lagu “Apokalips” di hadapan ahli keluarganya.

“Kami terus terpa ke arahnya apabila tiba-tiba papa terdiam. Dia tidak mengadu sakit apa-apa pun ketika itu.

“Kami menghubungi ambulans dan akhirnya papa menghembvs nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Papa memang ada sakit jantung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di sini pada Ahad.

Menurutnya, Allahyarham sepatutnya akan memulakan penggambaran untuk telemovie bertajuk “Kampung Pisang Berbuah Dua Kali” minggu hadapan.

“Masih mengekalkan pelakon yang sama papa sudah ambil beberapa ‘speed’ untuk siapkannya.

“Papa bercadang untuk memulakan penggambaran hujung bulan ini tetapi tidak sempat,” katanya.

Kediaman Allahyarh4m Mamat Khalid di Ipoh mula didatangi kenalan dan beberapa rakan artis. -Twitter Hasimi Muhamad

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembusk4n nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.

Allahyarham juga merupakan adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam di sini sebelum dikeb.umikan di Tanah Perkubvran Islam Masjid Kampung Paloh.

Mamat menjadi pengarah filem buat kali pertama menerusi filem komedi “Lang Buana” yang dibintangi oleh kumpulan Senario.

Minatnya terhadap muzik rock mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005 seterusnya menghasil francais filem Kampong Pisang yang menambat hati peminat filem tanah air.

Antara karya dari Mamat Khalid yang terkenal termasuklah Pinang Durian, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dan Abang We. Beliau pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk telefilem Pinang Durian. Beliau juga pernah menjadi penterjemah skrip untuk siri animasi Kampung Boy karya abangnya, Lat.

*Berita asal di Sinar Harian

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*