Ingin Ikut Jejak Arw4h Bapa Mertua, Fila Amir Teruskan Buat Semua Ni Di Guinea

Pasangan pensohor media sosial, Fila Amir dan suaminya Adama Mohamed Camara merupakan figura yang cukup disenangi rakyat Malaysia. Mana tidaknya , aktiviti kebajikan yang dilakukan kedua pasangan sejoli ini membuka mata masyarakat tentang kesusahan umat Islam di Guinea, Afrika Barat.

Terbaru Fila berkongsi pertanyaan pengikutnya di Instagram, bagaimana kedua pasangan ini terdetik ingin melakukan kerja-kerja kebajikan dan beri bantuan di Guinea.

“Boleh cerita tak macam mana mula-mula boleh ‘start’ nak buat ‘donations’ dan bantu orang susah dekat sana?” Tanya pengikut Fila

Ingin Ikut Jejak Arwah Bapa Mertua

Pertanyaan pengikut pasangan antarabangsa ini menarik perhatian orang ramai, mengenai asbab yang membuatkan pasangan muda ini bersungguh-sungguh memberi bantuan di Nzerekore.

Menjawab pertanyaan pengikutnya itu, Fila menceritakan semuanya kerana suami ingin mengikuti jejak langkah arwah bapa yang selalu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan di sana.

Foto – Instagram @filaamir

“Suami memang dah selalu tolong orang dekat Nzerekore, sebab arwah ayahnya sebelum ni memang selalu bagi bantuan dekat orang.

Sebab tu lah sampaikan tentera datang rumah untuk bagi tanda penghormatan untuk ayah dia (arwah bukan tentera pun), tapi memang kalau pergi mana-mana di Nzerekore akan kenal ayahnya.

Jadi Adama nak jadi macam tu, dia tak nak habiskan duit untuk diri sendiri.” Kongsi Fila

Posting Video Jadi Asbab Orang Ramai Menderma & Teruskan Bantuan

Selain itu, Fila juga mengatakan pada awalnya kerja-kerja bantuan dilakukan oleh suaminya seorang diri namun kini tidak lagi setelah mereka berkahwin dan membawa Fila ke sana.

Untuk rekod, Segala gerak kerja yang dilakukan oleh suaminya telah dirakam dan dikongsikan di media sosial sekaligus menarik perhatian ramai orang di Malaysia, untuk turut memberi sumbangan dan wakaf telaga menerusi pasangan ini.

“Suami ada buat telaga dekat orang-orang kampung Nzerekore, tahun lepas dia balik seorang, dia ada buat. Jadi bila Fila datang, dia bawa Fila pergi tengok apa yang dia dah buat. Lawat kawasan baru dan sebagainya.

Bila dah balik Conakry Fila ‘post’ video telaga, ramai DM nak wakaf telaga dan minta kami sampaikan sumbangan.

Kami bincang, fikir baik dan buruk dan kami setuju untuk sampaikan amanah sumbangan sebab fikir ada hikmah kenapa atau temukan kami, kenapa kami ada di sini.

Tapi masa tu sedikit sahaja, tak banyak sangat. Kami balik Nzerekore balik, nak sampaikan sumbangan. Fila ‘post’ (bukan sebab riak tapi sebab tu duit orang, jadi Fila ‘post’ sebagai bukti tak mahu dituduh tak jalankan amanah)” Tulisnya

Pengikut Nasihatkan Pasangan Camara, Teruskan Usaha Beri Bantuan

Wanita ini juga menceritakan bahawa pengikutnya juga antara salah satu sebab mengapa usaha pemberian bantuan ini masih diteruskan.

Atas nasihat pengikutnya, pasangan ini telah menerusikan usaha menjalankan amanah yang diberikan oleh orang ramai, untuk menyalurkan sumbangan yang diterima bagi membantu kampung-kampung di Guinea yang memerlukan bantuan.

Foto – Instagram @filaamir

“Ramai pengikut nasihat untuk teruskan, jadi Fila teruskan. Sekarang dah balik Conakry, tapi pekerja yang tolong buat kerja dan uruskan semua di Nzerekore (dia orang ‘update’ suami setiap hari)” Tulisnya lagi

Tabik pada Fila dan suami memberi bantuan, dan menyalurkan sumbangan yang diterima dengan telus dan penuh dedikasi.

Jadi tidak hairanlah kenapa ramai rakyat Malaysia tak putus-putus beri sumbangan pada kedua pasangan ini untuk disumbangkan pada orang susah di sana kerana memang jelas sumbangan yang disalurkan telah diterima penduduk sana.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : muraimy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*