Suruh perincikan babak r0g0l, ini tindakan netizen mahu kenakan kepada Shuk

PETALING JAYA – Bukan hanya aktor Fauzi Nawawi tetapi pengacara rancangan tersebut iaitu Shuk Sahar turut terkena tempias kemar4han netizen.

Semuanya gara-gara dialog lontaran Shuk yang seolah-olah bersungguh-sungguh mahu Fauzi menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pengalaman melakonkan watak per0gol dalam filem Anak Halal melibatkan aktres Raja Farah.

Ibarat menyimbah minyak ke a.pi, perbuatan Shuk tersebut menambahkan amar4h netizen terhadapnya yang selama ini dikecam susulan berkali-kali berlaku cur4ng terhadap isteri.

“Kalau boleh terangkan satu per satu, saya nak bayangkan,” kata Shuk kepada Fauzi.

Lebih teruk, terdapat netizen yang mempertikaikan mengapa dia masih diterima menjadi pengacara program televisyen sedangkan sering mencetuskan kontr0versi sejak kebelakangan ini.

“Shuk bila nak kena gam? Bukan main galak dia bersembang,” kata seorang netizen.

Disebabkan situasi tersebut, terdapat juga pengguna Twitter yang mahu memboik0t pengacara I Can See Your Voice Malaysia itu.


TANGKAP layar antara ciapan netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan Shuk bertanyakan lebih lanjut tentang babak r0g0l lakonan Fauzi.
“Shuk itu siap boleh berlawak nak bayangkan lagi benda ini. Tak fikir ke kalau oran lain bayangkan anak atau isteri kau?

“Guna akallah nak buat kelakar. Fikirlah perasaan ibu bapa dan suami pelakon perempuan itu. Tolong boik0tlah mereka,” komen seorang netizen yang ger4m.

Sementara itu, hasil tinjauan Kosmo! Shuk dilihat telah menutup ruangan komen Instagramnya sejak semalam.

Semalam, tular sedutan temu bual menerusi program Rumah 107 yang dihoskan Khir Rahman dengan Shuk memaparkan Fauzi bersama dua tetamu undangan lain, Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy berkongsi tentang pengalaman watak jah4t lakonan masing-masing.

Dalam video yang mengundang kecam4n ramai tersebut, Fauzi berkongsi secara terperinci tentang pembikinan babak r0g0l melibatkan Raja Farah dalam filem Anak Halal arahan Osman Ali terbitan 2007.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*