Sheila Rusly tunjuk bukti SPP, kec3wa Finas tak buat ‘homework’ – “Kami tak langg4r undang-undang, kenapa ser4ng production saya”

DAKWA4N kononnya penggambaran drama Roti Cicah Susu terbitan syarikat milik penerbit dan pelakon, Sheila Rusly dibuat tanpa Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) adalah tidak benar.

Menurut Sheila, 50, dia kec3wa apabila SPP dijadikan isu apabila pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia mengarahkan kerja penggambaran dramanya di Perak Techno Trade Centre (PTTC), Ipoh, dihentikan pada 12 Oktober lalu.

Tampil menjelaskan lanjut tentang SPP, Sheila berkata syarikatnya sudah memiliki sijil berkenaan yang dikeluarkan Finas menerusi surat bertarikh 30 September lalu.

“Saya tak langg4r undang-undang atau curi-curi buat penggambaran.

“Jadi kenapa serang production saya? Pergi cari produksi yang buat penggambaran tak ikut SOP, guna pekerja atau pelakon yang tak lengkap v4ksin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

“Kenapa cari saya yang ikut SOP, ikut undang-undang. Saya tak buat kerja kotor, saya kec3wa dengan Finas,” katanya kepada mStar.

Berdasarkan salinan surat yang dikongsikan di Instagram, SPP bagi penggambaran drama Roti Cicah Susu itu berkuatkuasa dari 30 September hingga 18 November depan.

Kenapa cari saya yang ikut SOP, ikut undang-undang. Saya tak buat kerja kot0r, saya kec3wa dengan Finas

SHEILA RUSLY

PENERBIT

Sebelum ini Sheila dan suaminya yang juga pengarah Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya meluahkan rasa kesal apabila wakil Finas did4kwa menuduh syarikat penerbitan mereka tidak memiliki SPP.

Tambah Sheila, Finas sepatutnya membuat semakan rekod terlebih dulu sama ada syarikatnya mempunyai SPP atau tidak dan bukannya mengambil tindakan hingga menjejaskan reputasi.

Sheia Rusly terkil4n dengan tindakan FINAS.

“Bukan nak menambah masalah, sepatutnya sebelum menabur fitnah buat la sedikit homework sama ada produksi saya ada SPP atau tak… boleh je tanya staff saya.

Of course isu ini mencalarkan imej saya apabila kami tak dapat masuk ke PTTC.

“Saya mengharapkan Finas sebagai badan yang dilantik khas dapat memudahkan dan membantu kami menerbitkan drama yang berkualiti tanpa ada masalah macam ni,” ujarnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*