Nak Gembirakan Orang Lain, Usah4wan Sewa 3 Bas Bawa Per4ntau Bal1k K4mpung

Sebelum ini, usahawan dan juga influencer terkenal, Hafiz Mahamad ada memaklumkan mahu menaja beberapa individu pulang ke kampung dengan membayar tiket bas perjalanan pergi dan balik.

Inisiatif tersebut mendapat perhatian umum dan ramai yang mahukan tiket bas berkenaan selepas posting itu dilakukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Susulan daripada itu, menerusi perkongsian terbaru usahawan muda berkenaan di laman Instagramnya, dia telah ‘menunaikan’ hajat tersebut melebihi apa yang diniatkan tempoh hari.

Jika waktu itu Hafiz hanya bercadang ingin menaja beberapa tiket bas untuk dua atau tiga orang sahaja, namun ‘perancangan’ berkenaan nyata meleset apabila dia menyewa tiga buah bas penyiaran untuk membawa mereka yang ingin pulang ke kampung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Menurutnya, dia mungkin akan menambah lagi jumlah bas dan destinasi yang dituju adalah dari Kuala Lumpu ke Selatan, pantai Timur dan Utara. Setiap penumpang akan diberikan 3 lagi tiket dan mereka juga disediakan makanan serta test kid CVD-19 secara percuma.

Jadi, Hafiz meminta orang ramai untuk menguar-uarkan khabar baik ini kepada kenalan-kenalan yang ingin pulang ke kampung ataupun pelajar institusi pengajian tinggi yang mahu balik ke kampus semula untuk menaiki bas tersebut.

Inisiatif mulia yang dilakukan Hafiz Mahamad ini nyata mendapat perhatian ramai dan membuatkan ruangan Instagramnya dipenuhi kata-kata pujian diatas usaha membantu orang lain.

Mereka juga dilihat turut mendoakan agar rezeki usahawan berkenaan terus dipermudahkan dan berharap agar akan ada lebih ramai individu sepertinya yang tetap membantu orang lain walaupun sering menerima kecam4n masyarakat.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*