‘Anniversary’ ke-53 , Mak Ayah Senyum Tk Henti, Anak Pakaikan Baju Pengantin

Tangkap gambar kahwin di anniversary yang ke-53

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Tlk T0k dikenali sebagai Anies Aida Muda, dia telah membuat kejutan dengan meraikan hari ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya yang ke-53 dengan mendandan orang tuanya dengan pakaian pengantin.

Walaupun pada awalnya mereka menolak, namun lama kelamaan merekalah yang paling gembira dan tak putus tersenyum sewaktu mengambil gambar.

Makeup sendiri ibu

Anies Aida Muda juga memaklumkan yang dia telah meminjam busana pengantin tersebut daripada rakannya yang juga seorang mak andam.

Tk hanya itu, pengguna Tlk T0k berkenaan juga telah mendandan ibunya sendiri dengan terlihat lebih muda selepas mengenakan makeup.

Happy anniversary makcik pakcik

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji penampilan pasangan warga emas ini yang terlihat sangat gembira dan berseri-seri dengan kejutan dari anaknya.

Namun begitu, ada juga yang berasa sebak melihat ibu bapa pengguna Tlk T0k berkenaan kerana mengakui teringat akan orang tua sendiri.

Sumber : Ohmymedia

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber:https://livenewszone.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*