Suka Tengok Hrithik Roshan Semasa H4mil, Ibu Kongsi Anak Lahir Dengan 11 Jari – “Subhanallah, Anugerah Allah Paling Terindah”

Gara-gara suka melihat Hrithik Roshan sepanjang keh4milannya, seorang ibu terkejut apabila bayi lelaki yang dilahirkan mempunyai 11 jari sama seperti aktor Bollywood itu.

Menerusi platform TikTok, seorang ibu yang dikenali sebagai Reeen berkongsi keistimewaan bayinya itu untuk tatapan umum.

Menurut Reen, dia wajib melihat muka Hrithik setiap hari sehingga membuat satu folder khas di dalam telefon pintarnya untuk mengisi foto-foto pelakon filem Kabhi Kushi Kabhie Gham itu.

“Waktu pregnant minat sangat-sangat kat Hrithik Roshan, siap buat album khas kat gallery sebab hari-hari wajib kena tengok Hritik Roshan. 29/9 dapat baby boy.

“Terkejut aku dapat tahu baby ada ibu jari lebih sebelah kanan macam Hrithik Roshan. Subhanallah, anugerah Allah paling terindah.

@reeen._My Hrithik Roshan junior ? anugerah Allah paling terindah ✨ #hrithikroshan #fyp #alhamdulillah♬ bunyi asal – ?? Basri Maddau ??

Menerusi perkongsian berdurasi 30 saat itu lagi, Reeen turut berkongsi foto jari keenam anaknya di sebelah kanan, sama seperti yang dimiliki oleh Hrithik.

Sementara itu di ruangan komen, perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi wargamaya.

Ramai yang memberikan komen positif bahawa jari lebih tersebut akan membawa kelebihan kepada anak tersebut berdasarkan kata orang tua-tua.

Tidak kurang ada yang melemparkan kecam4n kerana wanita tersebut tidak sepatutnya menyukai lelaki lain selain daripada suaminya.

@AdhAris:Alhamdulillah syukur… orang kata kalau ada jari lebih macam tu, dah besar nanti dia akan jadi org yang terbaik .. InshaAllah.”

“@wanda:Patut pregnant pandang suami. Dapat lah pahala juga. Ni dah kahwin duk tenung gambar laki lain kan berdosa kak oi.”

@Alia Maisara:nanti aku ngandung tengok jungkook lah mana tau keluar muka oppa.”

@Amirah Syamimi:MashaAllah, semoga menjadi anak yang soleh ye. So cute!”

@user5678347034330:Alhamdulillah.. orang tua-tua kata banyak kelebihannya.. anak bertuah.”

@NurShaBeLLa:Masa saya hamil suka tengok SRK.. YA ALLAH. ANAK KELUAR. HIDUNG SEBIJIK SRK.. KUASA ALLAH.”

“@BROSISBUNDLE:OMGGGGGGG betul-betul tekenan ni. moga baby ni membesar hensem segak kacak pandai menari mcm HR hehe sbb dia comel!”

@ChiQue Azam:Masa saya pregnant anak no 2, suka tengok preity zinta. Ada berdoa minta anak ada lesung pipit mcm tu.. Alhamdulillah, Allah kabulkan…keluar perut dah nampak.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir dua juta tontonan dan 140,000 tanda suka daripada warga TikTok.

 

Komen :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : gempak

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*