” Terima kasih feminin kerana menghiasi zaman 90an dengan lagu-lagu yang segar seperti lagu kini & untukmu pada waktu zaman kami kanak-kanak . ”
Bagi anda yang membesar sekitar 90-an, pastinya masih ingat dengan kumpulan Feminin dan aksi lincah ketika melakukan persembahan di atas pentas.
Malah kumpulan ini cukup gah dan popular kerana dibarisi lima orang gadis muda dan cantik.
Mereka adalah Asfarina Muhamad (As), Andriati Abdul Rahman (Yatie), Rozilawati Muhamad (Watie), Nor Intan Zahanariah Abdul Zahrin (Deq Nor) dan Nor Askiela Zainal Abidin (Along).
Apa yang menarik, Feminin bukan sekadar memperjuangkan muzik kontemporari mereka, bahkan fesyen mereka juga sering menjadi ikutan remaja termasuklah gaya potongan rambut pendek dan aksesori pengepit yang sentiasa tersisip di rambut.
Kumpulan yang diasaskan oleh Edd Razhe ini pernah menghasilkan tiga album antaranya, Untukmu (1993), Kini (1994), Kembali (1996) dan kompilasi Untukmu…Kini (1997).
Bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu Feminin akhirnya dibubarkan. Namun lagu-lagunya masih diminati dan sering diputarkan di corong radio tempatan sehingga kini.
Khabar Legenda (Utusan) berkesempatan bertemu salah seorang anggotanya, As, 46, dia yang kini sudah berumah tangga dengan bekas bintang bola sepak terkenal tanah air, Azman Adnan berkongsi cerita tentang pembabitan awal serta kehidupan terkininya.
” Selepas berumah tangga memang saya ambil keputusan untuk undur diri dari bidang seni.
” Bukan suami tidak mengizinkan untuk kembali aktif tetapi keputusan ‘cuci tangan’ ini datangnya dari hati sendiri. Rasanya cukuplah dengan apa yang pernah saya kecapi dahulu.
” Semua momen indah sebagai artis telah saya lalui. Sekarang ini tiada apa yang ingin dikejar lagi. Fokus utama saya hanyalah kepada suami dan anak-anak,” katanya memulakan perbualan.
Mendirikan rumah tangga pada 2004, dia kini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Arif Arafat (16), Arina Ardini (14), Ariq Ariri (12), dan Ariz Armada (8).
Tidak dinafikan anak kelahiran Hulu Langat, Selangor ini merupakan antara anggota kumpulan yang sering menjadi tumpuan dan mendapat publisiti berbanding lain.
Ketika ditanya dia sekadar tertawa tanpa jawapan. Baginya mungkin itu adalah rezeki yang membuatkan dia terus diingati sehingga kini.
Pernah muncul menerusi program Sehati Berdansa terbitan Astro pada 2007, namun selepas itu berita mengenai bekas pelajar Sekolah Menengah Abdul Jalil Hulu Langat ini amat jarang diperkatakan.
Bukan lari daripada publisiti tetapi menurutnya dia lebih selesa hidup dalam keadaan tenang bersama keluarga.
” Jika dahulu sibvk dengan show, tetapi kini sibuk uruskan keluarga. Tambah pula anak bongsu menghidap aut1sme, jadi saya memang tumpukan perhatian penuh kepadanya.
” Lagipun bila usia dah meningkat rasanya lebih baik saya habiskan masa bersama mereka sahaja.
” Saya tidak nafikan masih terima tawaran menyanyi sehingga sekarang, tetapi saya terpaksa tolak secara baik.
” Bagi saya zaman kegemilangan itu sudah berlalu, bagaimanapun saya masih ikuti perkembangan dan sokong rakan-rakan yang masih aktif,” katanya.
Bercerita tentang sejarah penubuhan Feminin, dia berkata mereka sebenarnya bermula sebagai penari di syarikat Edrina Collection yang diuruskan oleh Edd Razhe.
Kemunculan kumpulan remaja 4U2C dan KRU serta-merta memberi idea baharu apabila mereka mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah kumpulan.
Feminin bernasib baik kerana syarikat rakaman New Southern Records (NSR) bersetuju mengambil mereka sebagai artis rakaman dan pada Julai 1993, album pertama berjudul Untukmu akhirnya berjaya diterbitkan dan terjual melebihi 100,000 unit.
” Saya dan rakan-rakan ni memang aktif belajar menari sejak di bangku sekolah lagi. Waktu itu show di merata tempat sehinggakan sempat juga kami masuk beberapa buah pertandingan.
” Tetapi bila kerjaya berubah, banyaklah benda baru yang terpaksa kami belajar. Bukan senang rupanya nak jadi penyanyi. Saya pula memang ada dar4h gemuruh.
” Kalau nak masuk studio rakam lagu tu saya terpaksa ambil masa untuk warm-up dan tenangkan fikiran, kalau tidak memang akan menggigil,” katanya tertawa.
Gambar- As kekal cantik di usia 46 bersama suami Azman Adnan.
Namun secara rasminya Feminin akhirnya dibubarkan pada 1997 berikutan pengunduran anggota dan komitmen masing-masing terhadap keluarga setelah ada yang berumah tangga.
Tidak menafikan penglibatan pengurusnya, Edd Radzhe cukup membantu hala tuju kerjayanya. Bahkan sehingga kini hubungan mereka masih rapat dan Edd adalah individu yang sering menjadi rujukan terutamanya jika melibatkan soal tawaran dan kerjaya.
” Abang Edd ini kami anggap sebagai ketua keluarga. Dialah emak dialah ayah.
Dia cukup tegas dalam membentuk kerjaya kami. Biasanya kalau ada show, kami semua akan bermalam di rumahnya sehari awal. Dia akan pastikan semua preparation lengkap sebelum buat persembahan.
” Sebab itulah hubungan saya dengannya masih baik sehingga kini. Dia masih individu yang menjadi rujukan saya. Tanpa dia mungkin saya tidak berada di tahap sekarang ini,” katanya.
Tidak dinafikan kumpulan pop wanita pertama di Malaysia ini telah melakar sejarah kegemilangan tersendiri apabila berjaya memahat nama sebagai perintis sebelum munculnya beberapa buah kumpulan wanita lain selepas itu.
Berkongsi detik manis ketika nama dijulang, penyanyi utama Feminin ini hanya tertawa. Baginya bergelar artis popular adalah momen indah yang sentiasa dikenang terutamanya ketika berada di puncak populariti.
” Mengecap populariti ketika zaman remaja memanglah sesautu yang indah tambah pula jadi artis dan ada peminat.
” Bila dapat tawaran untuk mengadakan show terutamanya di seberang laut memang cukup teruja dan seronok sebab boleh travel.
” Surat peminat pula jangan ceritalah, berkarung dapat setiap bulan. Itu tak termasuk pelbagai hadiah seperti teddy bear, perfume dan macam-macam lagi yang mereka kirim kepada saya.
” Kenangan itu boleh dikatakan manis belaka, tidak ada yang pahit langsung,” katanya tertawa.
Ditanya tentang impian untuk mengadakan reunion bersama Feminin, dia tidak mengharapkan sebarang keajaiban dan berfikir sejauh itu.
Menurutnya, agak sukar untuk dilaksanakan memandangkan kesemua bekas anggota kumpulan tersebut kini sibvk dengan kerjaya dan kehidupan masing-masing.
Akui ada menerima tawaran dari beberapa pihak yang menyuarakan minat untuk melihat Feminin beraksi kembali.
Namun dia lebih selesa untuk berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan kerana menurutnya perkara tersebut memerlukan persetujuan banyak pihak terutamanya tuan badan masing-masing.
” Jujur dari hati saya memang tidak pernah terfikir ke arah itu. Bukan saya menolak tetapi rasanya waktu sudah tidak sesuai lagi. Saya tidak mahu beri harapan.
” Apa-apa pun biarlah masa dan keadaan yang menentukan, kerana bila bercakap soal Feminin, bukan hanya suara saya seorang tetapi suara rakan-rakan lain yang terlibat sama.
” Bukan setakat reunion, malah ada juga yang syorkan supaya kami buat come back seperti sertai program realiti dan terbitkan single. Sebenarnya saya dah selesa dengan kehidupan sekarang. Jadi orang biasa yang bebas ke sana sini.
Kalau keluar ke mana pun tidak lagi menjadi perhatian ramai walaupun ada lagi yang masih kenal dan tegur saya,” katanya mengakhiri perbualan.
Sumber:utusan/johodaily
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : http://transformasi.host
Leave a Reply