Bila kita sebut saja mengenai ‘si oyen’ mesti ramai sudah mengetahui yang kucing jenis berwarna oren ini banyak ‘perangai’.
Begitu juga si oyen ini yang telah berjaya dirakam sedang melepaskan ‘hajatnya’ di belakang pelamin ketika tuannya sedang bertunang.
Tengah majlis, tiba-tiba si oyen muncul belakang pelamin
Video yang menarik perhatian netizen ini memperlihatkan seekor kucing sedang berada di belakang pelamin ketika majlis pertunangan telah dikongsikan oleh Noor Suzana menerusi video yang dimuatnaik di akaun TikToknya.
Dalam video tersebut, kelihatan kelibat seekor kucing yang seperti sedang berak di belakang pelamin tersebut. Aksi si oren ini bagaimanapun tidak disedari orang ramai yang sedang memberi perhatian kepada wanita di atas pelamin.
‘Dan dan je dia ber4k tengah majlis’
@suzana99Dan2 je dia berak mase tgh majlis???? #foryoupage #fypdongggggggg #fyp♬ Oh No Oh No Oh No No No – Dubskie
Bau harum majlis tu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kucing berkenaan. Tidak kurang juga ada diantara mereka mengatakan dia tidak pernah melihat orang ‘s4ntau’ dengan menggunakan kucing serta ada juga yang komen mengatakan majlis tersebut bau harum akibat si oyen melepaskan hajatnya.
Sumber : suzana99
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: OhBulan
Leave a Reply