“Kalau ada pilihan tak payahlah laki orang.. Sakit jiwa kau,..” – Zarina Zainuddin

Susulan kisah polig4mi yang tular di media sosial baru-baru ini. Pelakon Zarina Zainuddin tampil berkongsi nasihat di ruangan komen di akaun pengarah Shahrulezad juga dikenali sebagai Budak Ijat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Berkahwin dengan suami orang mental kena kuat untuk berkongsi kasih dan perasaan hormat kepada madu mesti ada terutama yang bergelar isteri muda.

Shahrulezad juga membuat entri dengan berkata “..Niat tu awal awal lagi dah tak betul dik. Sailang laki org sebab nak tumpang senang. Nak kik1s duit laki…”

“Nak kahwin dengan suami orang tak pandai ambil hati orang.. Niat awal-awal bulan madu tempah bilik sampai RM4500, sedihlah kau perempuan. Niat nak jadi isteri berkongsi kasih, mental kena kuat… Lelaki bodoh je yang tak sayang bini pertama.

“Dia hidup susah-susah mula-mula kahwin dengan bini dia, kau datang semua dah ada pastu kau rasa semua kau punya ke..?

“Hormat hak orang yang pertama tetap yang pertama, sampai bila-bila kau yang nombor 2 dan seterusnya tu.. Bawa banyak bersabar.. Hati orang kau dah koy4k rab4kkan pastu nak sedap-sedap dengan laki dia,” katanya.

Nasihatnya juga, kalau boleh dielakkan, elaklah mengahwini lelaki milik orang. Walaubagaimanapun, jika takdirnya sebegitu, hormatilah rumah tangga orang lain.

“Ingat. Allah bayar tunai tak kira macam mana kau buat… Kalau ada pilihan tak payahlah laki orang.. Sakit jiwa kau, kau tak kuat, tak redha asyik gaduh dengan orang.. Asyik nak kawal laki kau, akhirnya laki kau angkat kaki bye-bye.

“Orang lelaki lelaki tak nak pening-pening wei, dia orang nak sedap je pening tu untuk kau lah. Aku dah 27 tahun bermadu okay je belajar susah senang bersama, bukan masa senang je kau nak tempel, masa susah kau cabut… Bini apa?

“Jadi isteri ni kita nak dapat pahala tapi kalau salah caranya berdosalah sebab asyik kutuk laki sendiri.. Syurga ada di depanmu, neraka di belakangmu,” tambahnya.

Kisah wanita yang bermadu dengan seorang wanita kaya mendapat perhatian ramai pihak. Ini kerana wanita tersebut meluahkan rasa terbuku dihati dek kerana madunya menyekat kad kredit suaminya ketika mereka berbulan madu di Langkawi.

Zarina telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993 sebagai isteri kedua, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, Muhamad Naim Azrai, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15.

Sumber: Gempak, Instagram Shahrulezad

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  https://www.rotikaya.rimbabara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*