“Dia itu orang tua, macam mana pun juga dia orang tua” -Baim Wong Ke Rumah Pak Suhud, Isu Bi4dap

Baim sedar tindakannya kepada warga emas yang dikenali sebagai Pak Suhud adalah tidak beradab sebaliknya perlu ada rasa hormat.

“Saya mengaku bersalah. Walaupun sebelum ni saya rasa saya langsung tidak bersalah. Tapi bila difikirkan semula saya sedar saya ada kekurangan iaitu tidak tahu adab,” kata Baim menerusi podcast bersama Deddy Corbuzier.

Dia datang mengunjungi kediaman Suhud warga emas tersebut untuk berdamai dan hubungan mereka semakin rapat.

“Dia itu orang tua, macam mana pun juga dia orang tua, dan itu namanya menghardik, ada dalilnya dan itu enggak boleh. Kita harus merendahkan diri kita, dan aku salah,

“Jadi ini salah saya dan saya akuinya. Hati rasa tenang saat berjumpa dengan Pak Suhud, orangnya baik,” katanya lagi.

Susulan tindakannya itu juga, Baim Wong hilang 300,000 subscriber dan terkeluar dari Top 5 paling ramai pengikut YouTube.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*