“Yonny Dah Janji Nak Dodoikan Setiap Malam Sampai Akhir Hayat” – Tunang

Tunang kepada penyanyi rap Yonnyboii, Nik Nazira punyai sebab sendiri untuk memilihnya sebagai bakal suami.

Kongsi Nik Nazira atau lebih dikenali sebagai Nina, Yonny merupakan lelaki yang tepat dan sentiasa menjaga perasaannya.

“Penting untuk kita bersama dengan seseorang yang memilih kita, paling penting tahu menjaga perasaan kita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@yonnyboii)

“Dia tidak pernah membuatkan saya rasa ragu tentang keputusannya untuk memlih saya menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

“Selain itu, dia membuatkan ramai wanita di luar sana patah hati kerana telah saya mendapat lelaki pujaan ramai,” katanya menerusi sesi soal jawab bersama pengikutnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@yonnyboii)

Nina diajukan soalan apa kriteria Yonny yang berjaya menambat hatinya dan yakin bahawa dialah lelaki yang dicari selama ini.

Dalam pada itu, tambah Nina, Yonny juga berjanji untuk sentiasa menjadi penghiburnya hingga akhir hayat.

“Juga, dia selalu menyanyi apabila bersama dengan saya. Dialah ‘Spotify’ saya.

“Yonny pernah berjanji untuk menyanyi saat waktu tidur (dodoi) hingga akhir hayat kami tak kira betapa sibuknya dia.

“Jika saya hampir tertidur, dia akan berhenti daripada melakukan apa sahaja dengan datang kepada saya atau menelefon saya untuk memastikan saya tidur dengan tenang mendengarkan nyanyian penenangnya,” tambah Nina.

Nina juga memberitahu dia memanggil Yonny dengan nama Qeemio dan Yonny memanggilnya dengan nama Nino, sepertimana nama samaran mereka ketika bermain permainan video online.

“Itu nickname kami ketika kami berkawan rapatlah. Sebab dia cakap dia nak lain daripada lain,” kata Nina lagi.

Pasangan itu telah selamat bertunang pada 10 Oktober lalu dalam majlis ringkas yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat mereka.

Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada Januari 2022.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: Gempak 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*