[VIDEO] Rossa Hadiahkan Rumah Banglo Mewah Untuk Ibu Bapa, Harga Rumah Cecah RM6 Juta!

Penyanyi popular Indonesia, Rossa menghadiahkan sebuah rumah banglo mewah untuk kedua ibu bapa di kampung halamannya di Sumendang, Jawa Barat, Indonesia.

Lapor Liputan6, Rumah banglo mewah berwarna putih berkenaan dianggarkan berharga Rp 20 Miliar (RM6 juta). Menerusi posting yang dimuat naik oleh Rossa di Instagram, turut kelihatan penyanyi popular ini beberapa foto dirinya bersama keluarga tersayang di rumah mewah tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang peminat Rossa yang dikenali sebagai Pecinta Rossa Official di TikTok, memaparkan sudut kediaman rumah penyanyi berkenaan yang begitu mewah dan cantik.

Rumah tersebut dikatakan dibina sekitar sawah padi dengan memiliki kawasan rumah yang sangat luas. Lebih menarik lagi apabila halaman luar rumahnya begitu luas sehingga dikatakan seperti padang bola.

Dalam pada itu, ketika siaran rancangan Podcast Pak Gun pada Jun lalu, pemilik nama Rossa Roslaina Sri Handayani memberitahu bahawa dia bakal membina rumah untuk kedua-dua ibu bapanya meskipun berdepan dengan masalah ekonomi akibat pand3mik c0v1d-19

Rossa nampak sangat bahagian kerana rumah baru tersebut dah disiap bina sebelum hari ulang tahunnya.

Sebagai rasa bersyukur, Rossa menyambut hari lahirnya secara sederhana bersama saudara-mara dan team management.

Rata-rata peminat Rossa mengucapkan tahniah kerana rumahnya telah siap dibina. Malah ada juga di antara mereka yang berkongsi semula video memaparkan sudut rumah berkenaan.

Video berdurasi 59 saat itu meraih lebih dua juta tontonan dan mendapat lebih 129 ribu tanda suka.

@pecintarossa96Orang baik akan selalu di kelilingi dg orang yang baik pula❤️ bahagia selalu diva kesayangan @rossa.official #rossa #divaindonesia #rossadiva #home #newhome #lagurossa♬ Takkan Berpaling Dari-MU – Rossa

Sumber : Liputan6, pecintarossa96

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*