Hairul Azreen, Hanis Zalikha Baru Sahaja Hbs Beribu Bawa Keluarga Brcuti, Nmun Ini Pula Kata Fazura.

Idea pasangan selebriti Hairul Azreen, 33, dan Hanis Zalikha, 31, membawa dua anak mereka, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah bercuti menaiki helikopter ke Tasik Kenyir, Terengganu adalah satu keputusan terbaik di kala negara masih belum bebas daripada virus C0vid-19.

Sanggup berhabis duit

Perkongsian percutian mereka di Instagram (IG) ternyata telah menarik perhatian wargamaya untuk memberi pelbagai reaksi.

Walaupun dianggap ‘kayangan’, namun rata-rata peminat bersetuju dengan pilihan keluarga ini kerana sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak demi keselamatan anak-anak.

@shzrilrsydan: Bagus sangat keluarga ini, berhabis duit untuk momen dengan keluarga baru berbaloi. Simpan duit banyak-banyak buat apa? Memori tu berharga.

@ainaa.shaecaa: next level ni. Dari sesak dengan orang ramai kan?? Betul-betul jaga diri. Suka tengok.

@anggrek_raasputeri: Lagi selamat dari berhimpit. Kita pun tak tahu dengan keadaan sekarang kan? Lebih baik habis duit sikit.

Idea yang bagus

Sementara itu, aktres Fazura, 38, mengakui dia agak takut untuk membawa anaknya, Nur Fatima Aisya keluar sebelum ini. Namun, tindakan Hanis dan Hairul ternyata telah memberi idea untuk dia melakukan perkara yang sama.

Ini adalah idea yang bernas Hanis! Saya sangat takut membawa Fatima ke mana sahaja. Jadi, ini memberi saya idea. Selamat menikmati percutian anda.

Pelakon dan usahawan terkenal, Hairul Azreen mencuri perhatian warganet apabila membawa keluarga kecilnya bercuti ke sebuah pulau peranginan menaiki sebuah helikopter.

Menerusi entri Instagram, pelakon filem popular Paskal itu berkongsi satu video yang memaparkan keluarganya sedang dalam perjalanan dari ibu kota ke sebuah pulau menaiki helikopter tersebut.

Kongsi Hairul, akhirnya dia dapat membawa isteri tercinta yang juga pelakon, Hanis Zalikha dan sepasang cahaya matanya bercuti setelah sekian lama tidak membuat aktiviti berkenaan.

“Bercuti bersama keluarga saya setelah sekian lama. Dari Kuala Lumpur ke pulau #sayatenangdilaut,” coretnya ringkas di Instagram.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, perkongsian tersebut menerima reaksi pantas daripada rata-rata warganet dan rakan artis sekali gus dihujani pelbagai komen.

“Another level ek, haha. Selamat bercuti abang dan keluarga,” komen pelakon Elvina Mohamad.

“Itu dia, bukan biasa-biasa. Usaha mereka dalam mencapai kehidupan yang sekarang pun bukan senang setanding dengan usaha mereka,” tulis seorang warganet.

“Wow, ini betul-betul kayangan,” komen lagi seorang warganet di ruangan komen itu.

Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan dua cahaya mata Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.

Sumber: Instagram @haniszalikha

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*