“Saya Yakin Netizen Pun Tak Sab4r Nak Dengar Suara Saya” Iqbal

Umum mengetahui, baru-baru ini perkongsian usahawan Ahmad Iqbal Zulkifli menjadi perhatian apabila mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera. Iqbal turut menawarkan bajet dengan kos rendah iaitu sebanyak RM500,000 untuk mencipta lagu termasuk muzik video.

Terbaru, Iqbal tidak menyangka ramai komposer popular dari Malaysia dan Indonesia menyatakan hasrat untuk bekerjasama menghasilkan lagu untuknya.

Namun, Iqbal berkata dia keliru dan masih belum mengetahui siapakah yang bakal dipilih untuk mencipta lagu ‘kisah tak jadi kahwin’ dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

“Selepas saya tawar RM500,000 untuk hasilkan lagu untuk saya nyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan, ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi popular lain.

“Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus. Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal nak dikeluarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata tujuan lagu tersebut adalah untuk meluahkan perasaan sedihnya dalam lagu agar menjadi kenangan.

“Saya nak nyanyi lagu jiwang yang boleh sentuh hati rakyat Malaysia, mungkin dengan itu orang akan faham perasaan yang saya sedang lalui sekarang ini.

“Kegagalan untuk berkahwin dengan Datuk Vida akan saya abadikan dalam lagu itu, biarlah satu Malaysia dapat rasa apa yang saya rasa sekarang.

“Rasa tak sabar nak cepat-cepat jumpa komposer yang sesuai, saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mengalami apa yang terbuku dalam hati saya ini,” katanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://www.rosemerah.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*