Iqbal gelar Caprice ‘p0yo’ minta RM600,000 untuk buat lagu, ‘lock’ 5 projek dengan Floor88 – “Dia bagi macam muzik TikTok”

HASRAT usahawan Ahmad Iqbal untuk bergelar penyanyi hampir terbantut apabila komposer dan penyanyi rap Caprice meletakkan harga tinggi bagi sebuah lagu ciptaannya.

Malah Iqbal turut menyifatkan penyanyi lagu Takda Hal Bro itu seorang yang berlag4k selain meminta dia melakukan perkara yang mengarvt dan memalukan diri.

“Caprice ni p0yo, syok sendiri… saya minta lagu lain tapi dia nak ikut pendapat dia je. Ada ke patut dia suruh saya nyanyi lagu hip hop lepas tu menari depan orang ramai.

“Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok.

“Caprice kata dia nak harga RM600,000 mengarutkan?” ujarnya kepada mStar.

Perkongsian Iqbal di Instastory miliknya.

Terdahulu, Iqbal menerusi Instagram memberitahu sudah menghubungi kumpulan Floor88 bagi bekerjasama dalam menghasilkan lagu untuknya.

Iqbal turut berkata, dia meletakkan harapan untuk bekerjasama dengan komposer terkenal seperti Datuk M Nasir yang sudah pasti mencapai standard yang diharapkan.

“Saya dah lock buat lima buah lagu dengan Eric (Floor88). Dia letak harga market dan standard semasa… tak macam orang lain ambil kesempatan dengan saya.

Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok.

AHMAD IQBAL

USAHAWAN

“Dia jujur dengan saya dan pernah tolong saya masa dekat Aswara dulu. Saya nak balas jasa baik dia.

“Tapi kalau ikut hati nak lagu daripada komposer yang ada nama macam M. Nasir, baru ada standard,” ujarnya.

iqbal3

Iqbal bakal mengeluarkan single hasil kerjasama dengan Eric Floor88.

Sementara itu bercerita lanjut tentang projek lagu berkenaan, Iqbal berkata dia kini sedang mengikuti kelas vokal sebagai persediaan sebelum memasuki studio.

“Sebenarnya suara saya okay je. Tak perlu menyanyi pakai autotune namun tidak la macam penyanyi hebat. Dulu saya belajar taranum jadi tahu sikit macam mana lontar vokal.

“Sekarang saya ikut kelas dengan seorang guru vokal bernama Afiq untuk lebih bersedia sebelum rakam lagu,” ujarnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*