“Baru lepas buat suntikan botox..” – Harris Annuar; Apa jadi pada bibirnya

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Rata-rata pengikutnya terhibur dengan kejadian yang menimpa Harris itu dan ada juga rakan artis yang risaukan keadaannya kerana bibirnya bengkak agak besar dan nampak sangat sakit dan pedih.

Ada yang menganggap bibirnya bengkak kesan reaksi daripada alahan. Ramai pengikutnya mendoakan supaya Harris diberikan kesembuhan dengan segera.

“Allahuakbar. Get Well Soon!”

“Semoga cepat sembuh sahabat, dah sembuh baru saya gelak ya”

“Maaf saya cuba tahan gelak..tapi saya tak bolej tahan lalu saya terkentut. Btw gws”

“Thanks for the prayer guys. Saya okay cuma botox original dari tebuan ni real sangat.”

Harris ada beritahu yang dia disengat tebuan ketika hendak mandi pada waktu pagi dan tebuan itu terperangkap diantara tuala dan mukanya kerana itulah bibirnya disengat oleh tebuan.

“Jangan cover gelak guys mana taknya aku tengook diri sendiri pun aku hantuk dinding gelak,” katanya.

Menganggap tebuan yang menyengatnya itu ‘comel’, harris baru sahaja mendapatkan rawatan di KPJ Ipoh Specialist Hospital dan ditahan di wad buat sementara waktu untuk pemantauan.

Selain daripada itu, Harris juga antara salah seorang artis yang sudah mula berhijrah ke arah yang lebih baik dan mengatakan dia terdetik untuk berhijrah selepas berita kematian Siti Sarah yang sangat menjentik hatinya untuk berubah dan muhasabah diri. Dia banyak terlibat dengan aktiviti berdakwah dan kelihatan aktif menyebarkan caranya berdakwah di sosial media.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: Instagram Harris

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*