“Suka dlm tang!san…” Gadis Ini Kongsi, Luahan Bapanya Nk Balik Rumah Bini Muda- ‘Mak siap bagi air kopi’

Seorang wanita berkongsi detik-detik gembira ayahnya ketika dihantar pulang ke rumah isteri muda sejurus larangan rentas negeri telah ditarik semula.

Menerusi perkongsian video oleh @ina.azalea di laman aplikasi TikTok, ibu kepada wanita tersebut turut membekalkan makanan dan duit belanja ke rumah isteri muda dan bapanya juga dilihat tidak berhenti tersenyum di.sakat oleh anak perempuannya.

Tangkap layar oleh @ina.azalea berkongsi momen-momen gembira ayahnya dihantar pulang ke rumah isteri muda sejurus larangan rentas negeri ditarik semula.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian orang ramai.

Berdasarkan video berdurasi 2 minit 37 saat itu, ayahnya kelihatan tersenyum gembira sejurus tiba di hadapan rumah isteri muda seperti tidak sabar untuk berjumpa bersama isteri keduanya itu selepas sudah lama tidak berjumpa.

“Macam inilah sepatutnya berpoligami, orang kita sekarang dah kantoi baru nak kata poligami, tapi tanggungjawab dah kelaut,” kata @Sya.sya.

“Mungkin balik rumah isteri muda, lepas ini dia lebih rasa gembira dan rasa sihat, semoga ayah awak semakin bertambah sihat selepas ini,” jelas @Andak282.

“Bila anak-anak yang dah besar pun bagi kerjasama memang lagi mudah, bagus tak ada asyik tengok orang dan ‘label’ macam-macam isu poligami ini,” ujar @abdullahnor311.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 706,500 tontonan dan 27,500 tanda suka di akaun TikTok miliknya.

komen Penuh Netizen:

“Maso mudo berebut..”

“Bukan main berseri muka abah tu bila tengok bini muda..”

“Bagus duda macamni sama sama jaga..”

“itulah untungnya bermadu..”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: K! ONLINE, Utube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*