“Kalau Sekadar Berkawan, Saya Kurang Pasti. Tapi..”-Sumber Terdekat Dedah Status Jike Erra Fazira Sudah Berkahwin

Semalam, kecoh di laman sosial Twitter apabila nama primadona filem Melayu, Erra Fazira didakwa kini bergelar isteri kedua kepada seorang ahli politik.

Menerusi ciapan yang dihantar oleh seorang netizen, Erra dikatakan telah mendirikan rumah tangga dengan pertanyaan: “Bini pertama tahu tak tu?”

Bagaimanapun, menurut sumber terdekat, Erra masih lagi belum mendirikan rumah tangga dan gosip yang sedang bertebaran di laman sosial dianggap satu perkara yang mengarut.

“Apa yang saya tahu, dia (Erra Fazira) masih belum berkahwin seperti yang digembar-gemburkan. Dia selalu bercerita tentang hal peribadinya kepada saya dan tidak pernah pun dia bercakap soal ini (kahwin).

“Kalau sekadar berkawan, saya kurang pasti. Tapi gosip mengatakan Erra dan kahwin mengarut betul,” katanya kepada Gempak.

Erra Fazira ‘upload’ foto kayuh basikal, tak peduli gosip jadi isteri kedua ahli politik – “Apa tak habis-habis cerita fasal kahwin ni”

ENGGAN berdiam diri apabila nama kecoh didakwa sudah menjadi isteri kedua ahli politik, penyanyi Erra Fazira akhirnya membuka mulut bagi menjawab persoalan itu.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, menerusi Instagram memuat naik foto sedang berbasikal dan enggan melayan gosip yang mengatakan dia kini sudah berkahwin.

“Bagaimana penat pun kamu, teruskan berjalan. Weekend yang nyaman sebelum kecederaan berlaku. InsyaAllah sambung minggu depan.

“Apo tak habis-habis cerita fasal kahwin ni. Orang sangat suka bercakap, jadi biar mereka seronok bercakap,” tulisnya.

Erra jawab gosip di laman Instagram.

Terbaharu laman Twitter kecoh apabila timbul gosip mendakwa aktres ini sudah menjadi isteri kepada seorang ahli politik dari Perak.

Kontroversi ini mula bertiup kencang apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mendakwa Erra sudah menjadi isteri kedua ahli politik itu.

Orang sangat suka bercakap, so biar mereka seronok bercakap!

“Dengar khabar, Erra Fazira dah jadi bini (isteri) kedua. Bini pertama tahu tak tu?”

“Sahih daripada jiran pengantin baru… melepas Awie,” tulis pengguna Twitter @abam_kumis.

Dakwaan itu mengejutkan ramai netizen yang turut mempersoalkan kesahihan maklumat berkenaan.

Erra enggan ambil pusing gosip sudah berkahwin.

Malah ada juga peminat yang menyangkal dan menganggap gosip berkenaan hanyalah rekaan dan fitnah semata-mata.

Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*