“Isteri selalu mengigau, menangis sendirian rindukan arw4h anak”-Azmi Saat bagitahu keadaan isteri selepas seminggu pem3rgian anak buat ramai seb4k

KEHILANG4N cahaya mata sulung selepas tiga hari dilahirkan cukup meninggalkan kesan em0si kepada vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isterinya, Naziah Muhammad.

Ujar Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Saat, 34, beberapa hari selepas pemergian bayi yang diberi nama Kharul Afnan pada 30 September lalu, isterinya berdepan tekanan.

“Ada masanya kalau dia duduk sendiri tu, dia akan menangis sebab teringatkan anak. Ketika tidur pun dia selalu mengigau hingga saya kena tenangkan dia.

“Sejujurnya saya lebih sedih memikirkan keadaan isteri berbanding kehilangan anak. Saya reda dengan pemergi4nnya, saya perlu kuat untuk isteri… saya risau kesihatan dia terg4nggu.

“Alhamdulillah sekarang Allah permudahkan urusan isteri, emosi dia juga semakin baik,” katanya ketika dihubungi mStar.

Keadaan dan kesihatan Naziah Muhammad semakin baik.

Pada 27 September lalu Azmi berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu selama 10 tahun secara pembed4han.

Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila bayi yang berdepan masalah kegag4lan fungsi otak sejak dilahirkan itu meningg4l dunia tiga hari kemudian.

Kami akan tetap berusaha dapatkan anak. insyaAllah. Tapi tunggu sampai masing-masing dah sedia dan kalau ada rezeki.

Bercerita lanjut tentang kehidupan dia dan isteri selepas lebih seminggu kehilangan anak tercinta, Azmi berkata dia sudah kembali bekerja.

Namun kata Azmi, dia cuba melapangkan jadualnya pada waktu malam bagi memberi tumpuan kepada isteri yang sedang berpantang.

“Sekarang dah boleh kerja tapi saya hanya ambil waktu siang saja, waktu malam saya nak jaga isteri.

“Walaupun ada mak tolong jaga tapi tak sama dengan suami,” katanya.

Tambah Azmi dia dan isteri reda dengan ujian Allah dan akan terus berusaha untuk mendapatkan zvriat pada masa akan datang.

Khairul Afnan meningg4l dunia pada 30 September lalu.

“Kami akan tetap berusaha dapatkan anak, InsyaAllah. Tapi tunggu sampai masing-masing dah sedia dan kalau ada rezeki.

“Apa yang terjadi dalam hidup kami ni satu kisah yang tak boleh kami lupakan.

“InsyaAllah saya akan keluarkan lagu berkisarkan perjalanan dan kisah hidup kami yang menanti kehadiran anak namun berakhir dengan kesed1han,” ujarnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*