“Dia Tak Bagi Saya Buat Kerja Berat-Berat” – Zizi Kirana Ded4h Sikap Romantis Yusuf Bahrin

Sudah hampir tiga minggu bergelar pasangan suami isteri, pasangan Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tegar melayari bahtera rumah tangga dan melewati fasa perkenalan antara satu sama lain.
Berkongsi sedikit kisah menerusi wawancara di saluran radio Singapura, Ria 897 baru-baru ini, dedah Zizi, suaminya punyai cara sendiri untuk menyantuninya sebagai isteri dan wanita.

“Dia tak bagi saya buat kerja berat-berat…Katanya tak payah.

“Sampaikan dia sanggup turun bawah jemput saya dan tolong angkatkan barang. Jadi, saya pula rasa tak biasa…

“Sebab sebelum ini pun saya tinggal seorang, jadi dah terbiasa buat sendiri semuanya,” katanya.

Dalam wawancara itu juga, Yusuf sempat berselor0oh mendedahkan ayat pertama yang diucapkannya ketika mula berkenalan dengan Zizi.

“Saya DM dia saya cakap; ‘Hai Zizi, lawa kasut!’.

Mengimbas semula, kedua-duanya mulai menyulam perasaan ketika terbabit dalam rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.
Ditanya tentang siapa lebih cerewet menguruskan rumah tangga, akui Yusuf isterinya merupakan individu yang kerap memastikan kediaman mereka terurus dengan baik.

“Saya jenis yang suka campak tapi Zizi ada perangai yang ‘sakit mata’ bila tengok barang bersepah. Tapi kalau saya sepahkan saya akan kemas semula,” ujar Yusuf.

Tambah Zizi; “Kalau makan pun dia akan cuci pinggan sendiri.”

Adat berumah tangga, pasti perlu bertoleransi dan menerima kekurangan pasangan. Bersetuju dengan frasa terbabit, kata pasangan merpati dua sejoli itu, perkahwinan bersifat saling melengkapi.

“Apa paling penting sabar. Kalau tak ada sabar boleh gaduh, cer4i. Saya kena pegang dan belajar, biar betul-betul sabar, bila kena ujian. Bertolak ansur, jangan nak tunjukkan ego masing-masing dan jumpa di tengah-tengah setiap masalah.

Sementara itu, tambah Zizi; “Apa saya belajar dengan Yusuf, kami baru kenal bila dah kahwin.

“Sebelum kahwin jarang jumpa dan sekadar Facetime. Dia selalu pesan pada saya, kalau ada apa-apa kena cerita, kena beritahu jangan simpan. Sebab dia tahu saya sejenis orang tak suka bercerita malah dengan keluarga sendiri.”

Tambah Yusuf, sebelum berkahwin lagi dia kerap menghubungi ibu Zizi bagi mengenali keperibadian pelantun lagu Eh itu.

“Sebelum kahwin, saya call mak dia dulu. Mak dia cakap kalau marah pun dia, sedih pun diam. Susah nak luahkan perasaan dia. Jadi, saya kena sabar, bila sampai masa macam tu…,” ujarnya.

Pasangan berjodoh ekspres itu telah selamat mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu dalam majlis ringkas di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*