“Akaun Bank Tinggal RM1, Macam Mana Nak Beli Datuk” – Soffi Jikan Kini Sudah Bergelar Datuk?

Pelakon Soffi Jikan, 51, yang terkenal sebagai Ajib di dalam filem KL Gangster dan Zul Kapan dalam filem Rock Oo! menjadi bualan ramai apabila kini dikatakan dia telah bergelar Datuk.

Ini kerana menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya empat hari lalu yang mana memaparkan gambar tangkap layar Wikipedia menunjukkan namanya kini sudah bergelar Datuk.

“Alhamdulillah. Rezeki pada Yg berusaha. Tq SOP oil . Baru Saja Lancar kan SOp oil & enjin treatment dengan sistem Yg canggih ganjarannya pantas tq.”  tulis Soffi Jikan di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kasi sengat (@soffijikan)

Memetik Utusan, Soffi yang tidak menafikan perkara tersebut bagaimanapun memilih untuk tidak memberi komen lanjut termasuk daripada pihak mana dan sebagainya kerana bagi pelakon ini, ia berkaitan dengan urusan undang-undang.

“Saya sudah lama terima gelaran itu, tetapi tak mahu komen lebih-lebih mengenai hal itu kerana telah mendapat nasihat peguam. Anda semua akan dapat jawapannya sendiri kelak. Allah SWT tak akan menyembunyikan perkara yang baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi komen meski digesa, Soffi bagaimanapun mengaku bimbang andai tersilap kata dan perkara itu akan menimbulkan kontr4diksi tertentu yang telah dipersetujui.

“Kalau saya jawab salah, tak jawab pun salah. Tapi saya rasa benda ini akan terjawab nanti, biarlah dalam bentuk surat rasmi atau sokongan bukti, itu lebih baik,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada timbul kebimbangannya andai ramai pihak terutama netizen yang akan mempersoalkan gelaran itu telah dibelinya, Soffi cuma tertawa kecil.

Menurutnya, tidak mungkin dia akan melakukan hal seperti itu sedangkan baki yang tinggal dalam akaun bank juga cuma tinggal RM1.

“Nak beli gelaran Datuk? Saya boleh lampirkan tangkap layar kepada awak untuk buktikan akaun bank saya tinggal RM1 sahaja. Tak perlu temberang, saya jujur saja. Duit tinggal seringgit, macam mana nak beli? Tak masuk akallah.

“Sebelum ini pun, apabila ada yang tahu saya ada gelaran itu, ramai yang datang cuba nak minta derma dengan saya. Tapi apa yang mereka tak tahu, saya sendiri pun bukan orang senang, nak derma macam mana,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Soffi, dia juga enggan orang memanggilnya dengan gelaran tersebut kerana menganggap dia manusia biasa dan masih berusaha dalam urusan perjuangan dan misinya.

“Tapi apa pun saya syukur. Allah SWT berikan saya ketenangan walau tak senang. Dalam hidup ini, Dia bagi dua pilihan saja, senang atau tenang. Saya pilih tenang sebab orang yang senang tak selalunya tenang” katanya.

Apapun jika benar sudah bergelar Datuk, tahniah diucapkan buat Dato’ Muhammad Shoffi Bin Jikan. Semoga terus sukses dalam apa saja bidang yang diceburi.”Kasi sengat!”.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*