“Kenapa makin kurus..” – Peminat Risau, Wajah Mira Filzah Nampak Cengkvng

Pelakon popular, Mira Filzah diundang menjadi tetamu program bual bicara MeleTop bagi mempromosikan drama The Hotel yang bergandingan bersama penyanyi MK K-Clique malam tadi.

Sebelum itu, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sempat berkongsi video ‘transformasi’ wajahnya yang memaparkan sebelum dan selepas disolek di laman Instagram.

Menerusi rakaman berdurasi 16 saat itu, wajah pelakon berusia 28 tahun tersebut kelihatan agak pucat tanpa mengenakan sebarang mekap sebelum berubah menjadi cantik hasil s0lekan Fiqqi Abdullah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Bagaimanapun, ada segelintir pengikut menegur pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu yang dilihat berwajah ‘cengkvng’ dan semakin kurus.

Namun begitu, rata-rata memuji kecantikan Mira apatah lagi dengan efek transisi yang membuatkan video berkenaan bertambah ‘wow’ apabila ditonton.

Sekadar info, drama The Hotel yang diarahkan oleh Helmi Yusof telah ditayangkan sejak 15 September lalu pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*