Melihat semakin banyak sektor industri dibenarkan buka membuatkan ramai usahawan yang selama ini tiada sumber pendapatan meluahkan rasa gembira, tapi berlainan pula nasib usahawan dalam industri sosial perkahwinan yang mana sehingga kini tiada respon memuaskan diberi oleh pihak kerajaan.
“Majlis sosial dalam venue tertutup mungkin antara sektor terakhir untuk dibuka.
Saya kurang yakin dengan SOP buat masa ini untuk memerhati majlis perkahwinan yang besar di mana pelitup muka di buka dan orang ramai bercakap sambil mulut penu dengan makanan.
Kita lihat dulu macam mana selepas rentas negeri dibenarkan” ujar Khairy Jamaluddin di Twitter
Mila Jirin Kecew4 Industri Perkahwinan Tidak Diberi Perhatian
Melihat respon yang dikeluarkan Menteri Kesihatan di laman Twitter baru-baru ini, membuatkan selebriti dan usahawan industri perkahwinan, Mila Jirin tampil bersuara dan meluahkan rasa kecewa kerana sektor perkahwinan seolah-olah tidak mendapat perhatian.
Foto – Instagram @mila_jirin
“YB Menteri, Majlis RASMI adakah tidak bercakap sambil makan?? Di restoran adakah semua orang sekarang makan sambil guna PELITUP MUKA?? Adakah KEBENARAN kemasukan orang dari India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh dan Nepal lagi SELAMAT??
YB Menteri, kami usahawan dalam sektor sosial kecil sederhana dah SETAHUN LEBIH MATI. Tak ada satu kementerian pun AMBIL PEDULI industri kami…
Oh saya lupa, industri kami TAK PENTING macam industri PERLANCONGAN, AIRLINE.. Mereka INDUSTRI BESAR lebih perlu diberi keutamaan….
Terima kasih untuk info ini YB Menteri @khairykj …… Ianya SANGAT MEMBANTU kami untuk buat keputusan… Siapa yang akan TUTUP terus.. Siapa yang mampu TERUSKAN..” ujarnya
Tertekan Dengan Situasi Kini
Manakala dalam hantaran terkini usahawan wanita itu, dirinya dan ramai peniaga kecil dalam sektor perkahwinan mengalami tekanan dan kerugian teruk.
Antaranya, usahawan industri perkahwinan menerima banyak pembatalan tempahan, pemulangan wang pelanggan, membayaran kos sewa serta menggajikan pekerja menelan belanja yang besar.
“ANDA TIDAK BERADA disituasi kami yang TERTEKAN dengan PEMBATALAN, REFUND, KOS TETAP, RENTAL, STAFFING BERATUS RIBU…
Jangan tak tahu ‘Industri Sosial’ juga tanggung banyak peniaga kecil (emcee/penjual kuih/mua/ pembuat kek dan sebagainya” ujarnya lagi
Mahu Menteri Bincang ‘Semeja’ Bagi Pendapat
Selain itu, Mila juga memberi sedikit buah fikiran seperti membenarkan majlis berjalan dengan jumlah kehadiran tetamu dengan kurang seratus orang yang dipecahkan dalam tempoh tiga jam ,serta mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan kerusi satu meter.
“Kami tak minta untuk MAJLIS MEGA RIBUAN PENGUNJUNG. Dengan kapasiti dewan 8 ribu ke 10 ribu kaki persegi, kami cuma minta 100 TETAMU yang akan dipecahkan kehadiran dalam 3 JAM dengan SOP sama seperti restoran…
Jika dalam Flight tanpa penjarakan sosial boleh dengan makan tanpa guna pelitup muka… Kenapa MAKAN DI DEWAN dengan penjarakan 1 meter kerusi tidak dibenarkan??” ujar Mila
Usahawan wanita ini berharap Menteri Kesihatan dan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), dapat menjemput pihak yang mahir dalam sektor perkahwinan serta pengelola dewan majlis untuk berbincang mengenai perkara tersebut.
“Menteri berbincang sesama menteri.. JEMPUT lah yang mahir dalam industri perkahwinan dan pengelola dewan majlis untuk BINCANG satu meja berbagi pendapat.
Bukan kami TAK FAHAM cuma bagi peluang untuk kami usahawan yang terkesan beri buah fikiran…” ujarnya lagi
Memang ramai usahawan dari sektor ini terjejas teruk, para menteri perlu cari alternatif lain dan berbincang untuk tangani masalah pembukaan sektor ini dengan lebih mendalam.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : murai.my
Leave a Reply