[VIDEO] “Nikah Dah Lebih Setahun,” Pengantin Bancuh Makanan Bayii di Majlis Sanding

Sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pengantin yang mengambil keputusan melakukan pernikahan terlebih dahulu dan menanti situasi pandemik kembali reda untuk mengadakan majlis persandingan.

Namun, dalam menanti kebenaran untuk mengadakan persandingan atau sebarang majlis, zuriat pertama sudah pun selamat dilahirkan.

Hal ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @hairulazmeer apabila memuat naik momen seorang pengantin perempuan yang juga isterinya sedang menyediakan makanan bayi ketika sudah berpakaian cantik untuk bersanding.

Video baru, anak pun dah 7 bulan

Hal tersebut menjadi perhatian warganet apabila ditonton lebih daripada 400 ribu viewers di aplikasi TikTok. Dalam kapsyen yang disertakan

@hairulazmeerbila kau nikah dah setaun lebih..n now bru buat majlis..dah terkeluar anak sorang pulak dah..??? #pengantinpkp #fyp #fypシ♬ bunyi asal – Hairul Azmeer Hussai

, @hairulazmeer memaklumkan sudah bernikah hampir setahun lebih sehingga mempunyai seorang anak namun baru berkesempatan membuat majlis persandingan.

“Bila kau nikah dah setaun lebih and now baru buat majlis. Dah terkeluar anak sorang pulak dah..” tulisnya.

Anak datang majlis kahwin mak ayah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan TikTok @hairulazmeer dengan pelbagai respon yang kelakar.

Rata-rata berseloroh dengan memberitahu yang pasangan tersebut akan mudah menjawab soalan anak nanti andai mereka bertanya tentang kehadiran mereka di majlis perkawinan ibu dan ayah kelak.

Nanti senang nak jawab soalan anak

Ikutkan memang ramai yang malas dah nak sanding

Sumber: TikTok @hairulazmeer

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*