Ustazah Noor Laila Beri Pesanan Kasih Sayang Buat Ustaz Ebit Lew

Ketika ini sering kita dengar tentang kisah-kisah yang kurang enak mengenai Ustaz Ebit Lew. Adakah ianya sekadar fitn4h atau tidak, masih belum ada jawapan rasmi.

Ada pihak yang telah membuat lap0ran polis serta membantu golongan yang terani4ya untuk berani ke hadapan. Ada juga pihak yang mempertahankan Ustaz Ebit Lew yang dirasakan telah difitn4h.

Terbaru, Ustazah Noor Laila telah membuat satu hantaran di Facebooknya dengan memberikan pesanan kepada Ustaz Ebit Lew serta untuk kita semua. Mari kita ikuti penulisan beliau.

Pesanan kasih sayang Allah buat sahabat baikku Ustaz Ebit Lew & seluruh rakyat Malaysia

Hari ini saya titipkan pesanan menjawab segala persoalan yang bertubi-tubi kepada saya berkenaan Ustaz Ebit Lew.

Bagi mereka yang telah lama tahu saya adalah sahabat baik beliau serta ada artikel saya yang berkali-kali diviralkan sebelum ini berkaitan kebaikan Ebit Lew.

Semoga Allah ampunkan saya. Amin Amin Amin Ya Rabb.

Bacalah dengan lapang dada semata-mata kerana Allah.

Buat sahabat baikku Ustaz Ebit Lew.

Seandainya benar apa yang diperkatakan orang tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkanmu dari segala kesulitan-kesulitan hidupmu dan kesak1tan-kesak1tan yang kau tanggung sehingga kau melakukan keros4kan sebegini besar. Ketahuilah bahawa ia keros4kan yang besar.

Semoga Allah mengampunkanmu dan mengampunkan diriku dan semua rakyat Malaysia.

Sesungguhnya pada bahumu tergalas begitu banyak harapan manusia dan amanah yang perlu dipikvl.

Pasti ada ubat dan penawar. Ubatilah dirimu dan carilah jalan keluar sebelum terlambat. Terlalu ramai ingin menolongmu. Sangat ramai.

Setiap tipv daya tidak boleh ditutup dengan tipv daya wahai sahabat.

Ia menghancvrkan banyak hati dan menghancvrkan seluruh hidupmu sahabat.

Adalah satu kemuliaan untuk memohon maaf, berhenti melakukankannya dan mengawasi dirimu dgn seketat dan sehabis baik dan duduk berdamping dan belajar bersama guru alim yang tshikah di samping tetap bersama isteri dan anak-anakmu.

Seandainya ia merupakan fitn4h ke atasmu, semoga Allah menganjarimu dgn sebanyak-sebanyak kebaikan yang tak terhitung.

Saya bercakap atas kapasiti seorang sahabat baik yang tahu akar umbinya.

Ustazah Noor Laila

Buat yang tidak tahu akar umbi dan pengetahuan sangat terhad, maka lebih baik tidak menyokong dan tidak mengej1.

Boleh jadi tuan puan menyokong walhal tuan puan sedang menyokong kemungk4ran yang tersembunyi.

Dan bila mana tuan puan menudvh orang lain membuat fitn4h ke atas Ebit Lew, boleh jadi tuan puan pula sedang memfitn4h orang-orang tersebut yang menjumpai kebenaran.

Tidak ada manfaat seorang mukmin untuk memfitn4h mukmin yang lain.

Dan adakah benar Tuan Puan ada pengetahuan 100% Ebit Lew tidak melakukannya? Bukan sekadar rasa-rasa, yakin-yakin.

Jika Ya, maka selayaknya Tuan Puan tampil ke depan memberitahu, Ya, dia benar-benar difitn4h. Bantu dia keluar dari fitn4h ini, Tuan Puan.

Jika sekadar rasa-rasa, maka itu tidak adil untuk mengatakan dia difitn4h.

Dan sesiapa yang benar menjadi mangsa, maka tampillah ke hadapan dan buat lap0ran. Ia satu jih4d yang besar menyelamatkan lebih ramai lagi orang. Jangan takvt. Sesungguhnya Allah menjamin keselamatan orang-orang yang benar.

Bersabarlah dan bertahanlah. Pasti ada jalan keluar.

Di dunia ini ada mahkamah. Di akhir4t juga ada mahkamah.

Marilah kita menyelamatkan setiap jiwa di antara kita untuk telus, jujur, ikhlas dan tidak khin4t walau kita semua masih penuh dengan dos4 dan sentiasa saling berpesan-pesan.

Jangan menghin4-hin4. Jangan mengej1-ngej1.

Tetapi selamatkanlah diri kita sendiri dan semua saudara seagama kita dgn kata-kata yang adil dan doa yang baik-baik sebagai netizen.

Semoga Allah ampunkan kita semua.

Sumber: Ustazah Noor Laila

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://odisi.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*