Selbriti EllyMazlein P0hon Doa, Ini Kata lKata Dari D0ktor Lpas BeliauMasuk H0spital

Kuala Lumpur: Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein mengumumkan dirinya bakal menimang  cahaya mata lelaki.

Elly atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina Pom Pom berkata, dia juga sudah mula bercuti untuk menanti kehadiran cahaya maya keduanya tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di laman sosial itu, Elly berkongsi beberapa foto selepas dia selesai mengacarakan sebuah rancangan hiburan buat kali terakhir sebelum cuti bersalin.

Menurut Elly, dia juga memohon doa agar proses kelahirannya itu berjalan lancar. “Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.

Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan berc.erai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5.

Elly Mazlein Sudah Bersedia Untuk Persediaan Bersalin

Selebriti versatil, Elly Mazlein dilihat sudah pun membuat persiapan akhir sebelum bersalin anak keduanya tidak lama lagi.

Menerusi Insta Stories yang dimuat naik pada Jumaat, penyanyi Bungaku Bakawali ini dilihat sedang menyiapkan barang keperluan diri serta bayi lelaki yang bakal lahir.

Kata Elly, dia membuat persediaan awal bagi sebarang kemungkinan

“Sentiasa siap-siap awal dan letak dalam kereta. Baby kengkadang suka keluar awal. Dalam beg ni dah siap kelengkapan bayi untuk bagi pada nurse,” tulisnya. Elly pada masa sama turut menyenaraikan antara barangan yang bakal di bawa ke h.ospital.

“Satu plastik dah siap letak pampers, barut, baju, stocking, towel, minyak, barang mandi baby dan lain. Kak Lina siap buat 3 plastik untuk 3 hari, senang tak kel4m-k4but nanti,” jelasnya.

Sementata itu, Elly turut berkongsi video antara barangan bagi dirinya juga.

“Dalam beg besar pulak, barang keperluan Kak Linalah dan standby juga barang baby worry ada yang tak cukup. Biar bawa banyak dari tak cukup. Huru-hara dik… Biyo orang kata macam nak pindah dok sepital. Asalkan tak mengelabah tombol pintu barang tak cukup. Time tu Kepommm bole jadi singa Lion King dik,” tulisnya lagi.

Elly sebelum ini memberitahu dia sudah pun cuti bersalin dan memohon ramai mendoakan yang terbaik.

Terdahulu, hos program Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, pada 18 Januari 2020.

Kredit : HM/MH/IG

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://www.onlinemalaya.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*