Wanita Kongsi Perbezaan Engineer Dalam Drama Dengan Suami Sendiri

Kehidupan di dalam drama tentunya sangat berbeza dengan dunia realiti di mana kebanyakan yang dilihat di dalam drama hanyalah rekaan semata-mata. Sama macam situasi yang dikongsikan wanita ini tentang perbezaan engineer yang dilihatnya di dalam drama dengan suami sendiri.

Perbezaan pekerjaan engineer yang dikongsikan ini turut menarik perhatian ramai apabila video tersebut meraih lebih separuh juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat realiti sebenar yang dikongsinya ini yang lebih masuk akal dari yang dilihat di dalam drama.

@zvlaikha.ckSuamiku Mr.Engineer ? #fyp♬ original sound – Radar Bekasi

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu berkongsikan perbezaan seorang engineer yang biasa dilihatnya di dalam drama dengan suaminya sendiri. Dia turut berkongsikan gambar watak seorang engineer di dalam drama yang selalunya berpakaian formal dan kemas.

Berbeza dengan drama, dia kemudian berkongsikan hakikat sebenar seorang engineer iaitu suaminya sendiri yang sedang bersiap untuk pergi kerja. Malah turut dapat dilihat suaminya hanya berpakaian biasa sahaja tidak seperti yang dilihat di dalam drama.

perbezaan

Lebih melucukan, dia sempat berseloroh mengusik kasut suaminya itu yang koyak ketika lelaki itu sedang bersiap-siap. Dalam masa yang sama, ramai yang mengaku itulah hakikat sebenar seorang engineer yang tidak mempunyai masa untuk bersiap mengalahkan pelakon di dalam drama.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat perbezaan yang dikongsikan ini. Ada yang berseloroh pakaian yang dipakai di dalam drama tersebut sebenarnya tidak lah menggambarkan kerjaya seorang engineer sebenar.

“Barang dalam online sampai tak sama macam sample.”

engineer

“Realitinya siapa yang dalam bidang ni je yang tahu. Tak sempat nak menyemat macam tu.”

drama

“Lepas tu engineer tv sembang kemain lebat lagi projek juta-juta…”

komen

“Engineer ni banyak kerja takde masa nak smart-smart…”

tik tok

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*