Selangor, KL, Putrajaya beralih ke Fasa 3… boleh buat majlis rasmi antara kelonggaran baharu diumum PM

KHABAR gembira ini pastinya sudah lama dinanti-nantikan oleh warga Lembah Klang.

Perdana Menteri pada Rabu mengumumkan bahawa Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan beralih ke Fasa 3, berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Dalam kenyataan itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan Melaka juga akan beralih ke Fasa 3, manakala Kedah akan beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2, juga pada 1 Oktober.

“Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 bagi negeri Kedah, ia bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara,” ujar Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pand3mik juga telah mengumumkan beberapa ketetapan seperti berikut:

1. Majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan bengkel, dibenarkan di negeri Fasa 2 dan Fasa 3, dengan syarat tetamu telah menerima vaksinasi lengkap dan kapasiti 50 peratus ruang premis, manakala 100 peratus kapasiti penuh bagi Fasa 4. Bagi individu yang belum div4ksin, perlu menjalani ‘preevent test’ menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir dengan disaksikan oleh penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan.

2. Pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya di semua fasa dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan pembukaan institut pengajian tinggi (IPT) berkuatkuasa 15 Oktober 2021.

3. Membenarkan kehadiran penonton/penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4. Kehadiran ini meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi dengan syarat, penonton/penyokong telah menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium. Kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*